- Iklan -
Berita

Benarkan petugas barisan hadapan simpan baki cuti, kata Cuepacs

Tempoh masa dilanjutkan kepada lima tahun.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Presiden Cuepacs, Adnan Mat. Gambar: Bernama
Presiden Cuepacs, Adnan Mat. Gambar: Bernama

Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap kerajaan akan membenarkan penjawat awam yang bertugas di barisan hadapan mengumpul baki cuti rehat mereka tahun ini sehingga tempoh lima tahun akan datang.

Presidennya, Adnan Mat berkata ini kerana kumpulan itu tidak dapat menghabiskan cuti rehat tahunan mereka disebabkan terpaksa bertugas atas kepentingan perkhidmatan masing-masing.

“Peraturan yang ada pada masa ini, penjawat awam hanya boleh mengumpul baki cuti dalam tempoh tiga tahun dan cuti itu akan dilupuskan sekiranya tidak dihabiskan selepas tahun ketiga.

“Jadi untuk tahun ini, kebanyakan penjawat awam yang bertugas di barisan hadapan atau yang terpaksa bertugas ketika pandemik Covid-19 tidak dapat mengambil cuti tahunan, sebab itu kita mohon tempoh baki cuti dipanjangkan sehingga lima tahun,” kata beliau dalam sidang media di pejabatnya di Menara Cuepacs di sini hari ini.

Adnan berkata perkara itu perlu diberi perhatian susulan peningkatan kes Covid-19 sejak kebelakangan ini yang menuntut kumpulan penjawat awam terbabit bertugas.

“Kami merayu supaya cuti penjawat awam yang bertugas di barisan hadapan diberi pertimbangan khas, hanya untuk mereka yang diarahkan bekerja dan kembali bertugas serta terlibat dengan Covid-19,” katanya.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.