- Iklan -
Berita

Bolehkah Mahathir-Muhyiddin kembali berbaik? Tak mustahil, kata penganalisis

Kenyataan tegas bekas perdana menteri beliau tidak boleh berbaik dengan Muhyiddin Yassin perlu dilihat semula berdasarkan sejarah.

Fazreen Kamal
1 minit bacaan
Kongsi
Dr Mahathir Mohamad semasa wawancara bersama MalaysiaNow di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.
Dr Mahathir Mohamad semasa wawancara bersama MalaysiaNow di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya.

Kenyataan tegas Dr Mahathir Mohamad tidak akan kembali bekerjasama dengan Muhyiddin Yassin disebabkan tindakan perdana menteri menubuhkan kerajaan gabungan baru awal tahun ini perlu dilihat semula berdasarkan senarai “kawan dan lawan” dalam politik bekas pemimpin itu, kata penganalisis.

Mereka berkata, tidak mustahil Mahathir boleh berbaik semula dengan musuh politiknya seperti dilakukannya dahulu dengan beberapa pemimpin yang dikatakan mengkhianatinya.

“Mahathir adalah manusia berwatak self-righteous, maknanya melihat dirinya sebagai manusia yang taat setia, benar, betul, baik dan lurus.

“Beliau menilai pemimpin-pemimpin seperti Abdullah Badawi, Najib Razak, Muhyiddin Yassin dan Anwar melalui ukuran dan lensa nilai-nilai ideal berkenaan.

“Dalam kata lain Mahathir melihat pemimpin-pemimpin tersebut mempunyai kelemahan maka perlu diperbetul,” katanya.

Sementara Sivamurugan Pandian dari Universiti Sains Malaysia (USM) berkata, dalam dunia politik tidak ada kawan atau lawan dan semuanya lebih berkisar kepada kepentingan peribadi semata-mata.

“Malahan politik adalah seni serba kemungkinan apatah lagi politik Malaysia adalah politik angka.

“Maka, tidak mustahil beliau kembali baik dengan pesaing politik sebagaimana dengan Tengku Razaleigh dan Anwar yang tidak pernah dijangka sama sekali.

“Permusuhan beliau adalah berteraskan kepada politik,” katanya.