- Iklan -
Berita

Perutusan khas PM pukul 6 petang ini

Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa Covid-19.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Prime Minister Muhyiddin Yassin. Photo: Bernama
Prime Minister Muhyiddin Yassin. Photo: Bernama

Perdana Menteri Muhyiddin Yassin dijadual menyampaikan perutusan khas mengenai situasi semasa COVID-19, petang ini.

Muhyiddin akan menyampaikan perutusan itu dari kediamannya dan disiarkan secara langsung menerusi beberapa saluran televisyen termasuk  Bernama TV dan Radio Televisyen Malaysia (RTM) pada 6 petang.

Perkara itu dikongsikan Muhyiddin dalam laman Facebook rasminya hari ini.

Perdana menteri kini sedang menjalani kuarantin kendiri selama 14 hari  di kediamannya.

Langkah itu diambil beliau selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Zulkifli Mohamad Al-Bakri yang hadir pada Mesyuarat Khas Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Muhyiddin Sabtu lepas, disahkan positif Covid-19 semalam.

Zulkifli kini dirawat di sebuah hospital di Seremban.