- Iklan -
Berita

Tiada calon BN di PRK Batu Sapi, kata Zahid Hamidi

Keputusan itu adalah bagi mengelak penularan pandemik Covid-19 seperti yang berlaku susulan pilihan raya negeri Sabah baru-baru ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi. Gambar: Bernama
Pengerusi Barisan Nasional Ahmad Zahid Hamidi. Gambar: Bernama

Barisan Nasional (BN) memutuskan untuk tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Batu Sapi, kata pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata keputusan itu adalah bagi mengelak penularan pandemik Covid-19 seperti yang berlaku susulan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

“Pada pandangan BN, kesejahteraan dan kesihatan rakyat harus menjadi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan malam ini.

Beliau berkata BN akan menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan tempoh kempen dan tarikh pengundian yang sesuai.

SPR sebelum ini mengumumkan PRK Parlimen Batu Sapi akan diadakan berikutan kematian penyandangnya Liew Vui Keong pada 2 Oktober lalu.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.