- Iklan -
Berita

SKMM akan bertindak tegas terhadap penyebar berita palsu 13 menteri dijangkiti Covid-19

Mereka boleh didakwa mengikut peruntukan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Mesyuarat Kabinet dalam norma baharu dengan mengunakan penghadang lut sinar antara satu sama lain. Gambar: Bernama
Mesyuarat Kabinet dalam norma baharu dengan mengunakan penghadang lut sinar antara satu sama lain. Gambar: Bernama

Mengambil maklum berhubung penularan berita palsu dalam media sosial yang mendakwa 13 menteri Kabinet dijangkiti Covid-19, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) hari ini memberi amaran mengenai tindakan tegas terhadap penyebaran berita palsu.

MCMC memaklumkan perkara itu sudah pun dinafikan Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob pada sidang media hariannya selain penafian yang diterbitkan dalam portal Sebenarnya.my.

Suruhanjaya itu dalam kenyataan media hari ini memberitahu tindakan tegas boleh diambil Polis Diraja Malaysia dan SKMM jika terdapat perlakuan kesalahan di bawah peruntukan undang-undang di bawah Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998.

“Pihak SKMM memberi amaran kepada orang awam agar tidak menyebarkan berita yang palsu dan sentiasa berwaspada dengan penyebaran maklumat atau berita yang diragui kesahihannya,” menurut suruhanjaya itu.

SKMM menyatakan sekiranya terdapat keraguan mengenai kesahihan sesuatu berita, orang ramai diminta untuk melayari portal Sebenarnya.my atau pautan Telegram iaitu https://t.me/sebenarnyamy.

Maklumat mengenai penularan berita palsu juga boleh disalurkan melalui pautan ‘Salur kepada Kami’ iaitu https://sebenarnya.my/salur/ dalam portal dan aplikasi Sebenarnya.my, katanya.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi