Kiriman media sosial mengenai politik Malaysia menunjukkan orang ramai sama ada tidak peduli, bimbang atau memberontak disebabkan satu lagi rampasan kuasa secara aman pada tahun 2020, berikutan dakwaan terbaru Anwar Ibrahim memiliki angka untuk menumbangkan kerajaan.
Rakyat Malaysia mungkin tidak mempunyai cara lain untuk menilai kebenaran dakwaan itu, selain kenyataan dan penafian oleh ahli politik.
Anwar pada 23 September mendakwa memiliki angka, “kukuh dan meyakinkan”, untuk membentuk kerajaan persekutuan, memenuhi cita-citanya selama beberapa dekad untuk menjadi perdana menteri.
Beliau kemudian mendakwa dirinya telah mendapat sokongan ahli Parlimen yang mencukupi bagi memastikan kerajaannya majoriti Melayu.
Dengan berbuat demikian, Anwar menyedari mengenai hubungan utuh antara politik dan kaum – yang menunjukkan peraturan tak bertulis menuntut Melayu dominan dalam politik persekutuan.
Beliau memahami sesiapa yang mendakwa mendapat sokongan untuk membentuk kerajaan mesti membuktikan ia datang daripada blok etnik ini.
Tetapi yang sinis terhadapnya menolak dakwaan Anwar, mengatakan beliau mencari perhatian media, yang selama ini membantunya terus kekal berada dalam politik Malaysia lebih dari dua dekad selepas kehilangan kuasa.
Ada juga yang secara terperinci menolak tuntutan itu, mengatakan dakwaan Anwar mempunyai majoriti “meyakinkan” pada masa sama dominan Melayu-Islam, langsung tidak masuk akal.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.