Polis akan kembali menguatkuasakan sekatan jalan raya di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berikutan arahan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) mulai 14 Oktober.
Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata sekatan jalan raya itu akan diadakan di beberapa lokasi di tiga negeri terlibat bermula tengah malam esok.
“Sekatan jalan raya akan dilaksanakan sama seperti yang pernah dibuat sebelum ini (Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) awal Mac lepas). Arahan penugasan anggota polis di lokasi akan diatur oleh ketua polis Kuala Lumpur dan ketua polis Selangor,” katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jen Affendi Buang berkata ATM akan bekerjasama dengan PDRM dalam melaksanakan sekatan jalan raya seperti sebelum ini.
“ATM dan PDRM akan buat seperti yang dilakukan sebelum ini,” katanya ringkas.
Timbalan Ketua Polis Negara Acryl Sani Abdullah Sani berkata sekatan jalan raya itu akan diadakan di beberapa lokasi di tiga negeri terlibat bermula tengah malam esok.
Hari ini, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob mengumumkan kerajaan bersetuju melaksanakan PKPB di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya bermula 12.01 tengah malam 14 Oktober hingga 27 Oktober ini.
Keputusan itu dicapai pada Sidang Khas Majlis Keselamatan Negara yang dipengerusikan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin hari ini, selepas mendapat nasihat Kementerian Kesihatan dan mengambil kira peningkatan kes dan penularan Covid-19 seperti di daerah Klang, Petaling serta daerah Gombak.