- Iklan -
Berita

Kumpulan pencinta alam beri amaran agenda ‘hijau’ hanya gimik syarikat

Mereka adalah penyumbang kepada kegagalan untuk mewujudkan kehidupan lestari.

Roznah Abdul Jabbar
3 minit bacaan
Kongsi
Peladang mengangkat buah kelapa sawit Gambar: Bernama
Peladang mengangkat buah kelapa sawit Gambar: Bernama

Sebuah kumpulan pencinta alam memberi amaran rakyat Malaysia adalah penyumbang kepada kegagalan untuk mewujudkan kehidupan lestari, dengan banyak syarikat tempatan bermain talam dua muka tentang agenda “hijau”.

Persatuan Perlindungan Alam Sekitar Malaysia mengatakan laporan Carbon Disclosure Project baru-baru ini mendedahkan 100 syarikat bertanggungjawab untuk 71% pelepasan gas rumah hijau yang dipersalahkan untuk perubahan iklim. Ini adalah seruan kepada syarikat untuk “melakukan apa yang benar”.

“Seperti sekarang, kita di Malaysia sudah menggunakan sumber daya 2.2 planet tanpa menyesuaikan ekuiti, dan kita tidak hidup dalam gaya hidup lestari,” kata presiden kumpulan itu Nithi Nesadurai kepada MalaysiaNow.

Beliau berkata, pengguna sepatutnya dapat memilih produk mesra alam sekitar, dan perniagaan harus “hijau”, yang menjadi slogan menerapkan langkah-langkah yang lestari.

Tetapi beliau mengingatkan agar tidak menjadikan inisiatif ini sekadar gimik atau sekadar cukup syarat.

Beliau berkata terdapat syarikat yang kononnya “hijau” tetapi melabur dalam projek tidak lestari seperti loji janakuasa arang batu dan penambakan tanah hanya kerana memberikan pulangan yang tinggi.

Beliau berkata, pengguna sepatutnya dapat memilih produk mesra alam sekitar, dan perniagaan harus “hijau”, yang menjadi slogan menerapkan langkah-langkah yang lestari.

Bagi Nithi, ini hanyalah sekadar untuk menunjukkan imej bertanggungjawab terhadap alam sekitar kepada umum.

“Beberapa syarikat utama menganjurkan persidangan kelestarian tetapi pada masa sama menyokong aktiviti yang tidak lestari,” katanya.

Beliau berkata, ada banyak hal yang perlu disemak sebelum syarikat dapat disahkan sebagai lestari.

“Syarikat perladangan yang ingin memiliki pensijilan RSPO harus memenuhi piawaian kelestarian,” kata Nithi, merujuk kepada Roundtable on Sustainable Palm Oil yang berpusat di Zurich dan mempunyai sekretariat di Kuala Lumpur.

Terdapat juga indeks bangunan hijau (GBI), yang menyediakan standard hijau kepada pemaju.

Tetapi di sini, bukan sekadar membina bangunan yang mesra hijau. Ia juga mengenai apakah bangunan itu perlu dibina.

Syarikat pemaju, misalnya, sudah membina puluhan ribu bangunan yang tidak diperlukan sesiapa pun.

“Keputusan yang lestari adalah tidak membina bangunan-bangunan ini,” katanya dengan mengkritik “lambakan” bangunan komersial dan rumah kediaman.

‘Carrot and stick’ atau’ganjaran dan hukuman’

Bekas presiden Majlis Bangunan Hijau Malaysia Von Kok Leong mengatakan di Malaysia, tidak sukar bagi syarikat untuk menjadi “hijau”.

Katanya ada “ganjaran mencukupi dan kurangnya hukuman” ketika pembuat dasar berusaha mendorong amalan tersebut dengan skim insentif untuk menggalakkan pelaburan termasuk meningkatkan kualiti dan produktiviti.

Tetapi di sektor korporat, menjadi lestari masih lagi tindakan sukarela.

“Tetapi syarikat yang lebih besar mula untuk melihat peluang yang datang untuk memperbesar pasaran saham mereka, meningkatkan tadbir urus, dan mengurangkan kos tenaga,” kata Von.

Beliau mengatakan beberapa syarikat sudah mengambil langkah berani seperti meningkatkan proses perindustrian untuk menjadi lebih cekap tenaga, beralih ke premis yang mencapai penarafan GBI, dan mengitar semula air dan sisa.

“Ramai yang mula untuk mengubah imej mereka, untuk dilihat sebagai mengikut perkembangan zaman.

“Ini adalah usaha yang datang dari hati, dan dari atas ke hirarki bawah.”

Namun, yang lain melihat menjadi hijau sebagai kata kunci sahaja dan tidak dapat membayangkan bagaimana mereka atau produk atau perkhidmatan sesuai dengan konsep itu.

Berita baiknya ialah pengguna sendiri dapat mempengaruhi perubahan yang turut memberikan manfaat kepada mereka.

“Masyarakat dapat mendesak barangan elektrik jimat tenaga, produk yang tidak membahayakan alam sekitar, tadbir urus dan tanggungjawab korporat yang lebih baik, dan hukuman yang lebih berat bagi mereka yang memusnahkan alam sekitar,” kata Von.

Jalan masih panjang di hadapan, tetapi Von melihatnya sebagai perbincangan berterusan antara pihak berkepentingan.

“Ramai yang mula sedar kita menghirup udara yang sama, minum dari sumber air yang serupa, dan berhak mendapat akses kepada tenaga bersih.”

Nithi bersetuju. “Syarikat harus bertindak,” katanya kepada MalaysiaNow. “Tidak ada Planet B.”

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.