Barron Trump, anak lelaki bongsu Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pula dilaporkan dijangkiti Covid-19 selepas Trump dan Melania disahkan dijangkiti virus itu pada 3 Oktober lalu.
Isteri Trump, Melania mengesahkan perkara itu pada Rabu dan kenyataan mengenainya dimuat naik dalam blog Rumah Putih.
Agensi Anadolu melaporkan Barron pada awalnya diuji negatif tetapi hasil saringan berikutnya mendapati beliau positif Covid-19.
“Ketakutan saya menjadi kenyataan. Nasib baik dia masih remaja, kuat dan tidak menunjukkan sebarang gejala,” kata Melania.
Trump ketika ditanya mengenai keadaan anaknya sebelum meninggalkan Rumah Putih untuk menghadiri kempen pilihan raya berkata, Barron berada dalam keadaan “baik-baik saja.”