Awal bulan ini, jenama peruncit pakaian global terkenal membuka satu sudut baju terpakai di sebuah outletnya di Kuala Lumpur – baju yang disumbang oleh pelanggan untuk kegunaan orang lain.
Golongan sasarannya: gelandangan.
Berita mengenai inisiatif Uniqlo Malaysia itu tersebar, dan ia mendapat pujian ramai dan tak kurang juga yang mempersoalkan tindakan itu.
“Satu usaha yang hebat… kami agak sinis pada awalnya kami menyumbang tetapi selepas melihatnya kami percaya. Usaha yang baik.” kata seorang pengguna Facebook Kumarappan Alagappan.
Yang lain lebih pesimistik.
“Sebagai rakyat Malaysia, besar kemungkinan orang lain akan mengambil pakaian itu daripada gelandangan,” kata Afnan Amirruddin.
Isu itu menjadi bualan sehingga menimbulkan beberapa persoalan, termasuk berapa efektif inisiatif itu dalam jangka panjang dan adakah ia mempunyai pengaruh terhadap keputusan pembelian.
Lagipun, inisiatif itu merupakan sebahagian daripada tanggungjawb sosial korporat, bertujuan untuk membantu orang memerlukan, serta menyumbang kepada reputasi jenama syarikat itu.
Bagi seorang bos syarikat peneroka modal, Elias Abdullah, 46, faktor paling penting yang perlu diambil kira adalah kualiti produk.
Kempen tanggungjawab sosial yang ikhlas atau mampan boleh menjadi satu nilai tambah, namun sebarang pertambahan kos perlu wajar.
Dalam erti kata lain, perlu berbelanja lebih untuk melakukan kebaikan.
Isu itu menjadi bualan sehingga menimbulkan beberapa persoalan, termasuk berapa efektif inisiatif itu dalam jangka panjang dan adakah ia mempunyai pengaruh terhadap keputusan pembelian.
‘Kepuasan segera’
Pengurus pemasaran Chung Yow Keong lebih jujur mengenai pandangannya.
“Secara peribadi, ia tidak berkesan kepada saya dan semuanya tentang apa yang diperoleh saya selepas itu,” Chung, 37, memberitahu MalaysiaNow.
“Jika ia tidak memberikan satu kepuasan segera kepada saya, maka saya tidak mahukannya.”
Chung, yang bekerja dengan sebuah syarikat gergasi dalam bidang teknologi, memberikan contoh berikut.
“Katakan satu jenama pakaian beri 10% potongan harga kepada mereka yang menyumbang pakaian terpakai dan mereka mendakwa akan kitar semula untuk membuat pakaian mereka.
“Jujurnya, saya tidak peduli mengenai misi mereka tetapi saya dapat diskaun 10%.”
Kesnya menggambarkan prinsip asas dalam dunia perniagaan: bertujuan untuk memastikan pembeli berbelanja.
Jika seorang pengguna sanggup melakukan pembelian sebagai sokongan kepada sesuatu kempen, hakikatnya mereka tetap berbelanja.
Seorang eksekutif pemasaran Michaela Siew sanggup berbelanja, jika mereka membenarkannya menyumbang daripada peratus yang dibelanjakan kepada badan amal.
Namun, tambahnya “Asalkan ia masih dalam bajet saya.”
Janji, harga dan pilihan itu berbaloi.
‘Tidak sukar hasilkan produk beretika’
Buat Bella Rahim altruisme menjadi pegangannya.
“Apabila saya membeli sesuatu, saya perlu tahu nilai-nilai dibawa syarikat itu,” katanya kepada MalaysiaNow.
“Sebagai contoh, saya berhenti membeli daripada satu jenama kosmetik Kanada kerana saya tahu mereka menguji pada haiwan. Saya berhenti membeli daripada banyak jenama kerana nilai-nilai mereka tidak kena dengan diri saya.
“Saya tak fikir ia sesuatu yang sukar untuk menghasilkan produk yang beretika.”
Namun, walau sebagus mana sekalipun kempen itu dilakukan, ia tetap mempunyai ruang untuk disalahgunakan, kata seorang pengguna Facebook Afnan mengenai inisiatif Uniqlo.
Elias bersetuju, dengan mengatakan memuji tindakan amal yang ikhlas. “Namun saya khuatir mengenai cara pelaksanaannya,: tambahnya.
“Percuma untuk semua cenderung memperlihatkan sikap buruk orang, dan sememangnya diketahui nilai moral dalam kalangan rakyat Malaysia, terutama ia adalah pakaian percuma yang mungkin tidak sampai kepada penerima yang layak?”
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.