- Iklan -
Berita

Tidak cukup hanya larang pengunaan plastik dan straw

Pelan hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030, tidak ke mana-mana.

Roznah Abdul Jabbar
3 minit bacaan
Kongsi
Banyak kedai makan menggantikan straw plastik kepada kertas, ia tetap mendatangkan beberapa masalah lain.
Banyak kedai makan menggantikan straw plastik kepada kertas, ia tetap mendatangkan beberapa masalah lain.

Malaysia menghabiskan masa bertahun-tahun terhadap usaha larangan pengunaan plastik sekali guna seperti straw dan beg, sebagai langkah pemuliharaan alam sekitar, namun, beberapa kumpulan pecinta alam bertegas larangan pengunaan produk tersebut tidak memadai untuk mencapai perubahan kekal.

Masalahnya, bagi mereka adalah kekurangan strategi yang jelas dalam jangka masa panjang.

Garis panduan untuk larangan itu terkandung dalam Pelan Hala Tuju Malaysia Ke Arah Sifar Penggunaan Plastik Sekali Guna 2018-2030, yang dilancarkan kerajaan pada bulan Oktober 2018.

Namun, Mohd Hafiz Jamaludin, yang mengetuai sebuah syarikat menyediakan penyelesaian produk hijau menerusi pengunaan bahan boleh diperbaharui, berkata kerajaan sekadar berusaha untuk mengurangkan penggunaan plastik.

“Ia benar-benar ketinggalan dalam mencari dan menyediakan alternatif segera,” katanya kepada MalaysiaNow.

Sebagai contoh, katanya, perniagaan dalam sektor makanan dan minuman mula mencari alternatif kepada straw plastik selepas larangan itu, menyediakan pilihan lain di seluruh negara mula berlaku.

Ramai dalam kalangan mereka beralih kepada pengunaan straw kertas.

“Tetapi kertas menggunakan lebih banyak air dan mempunyai jejak karbon lebih tinggi, dan ia bukan produk akhir mesra pengguna serta mempunyai rasa yang teruk,” katanya.

“Larangan itu sendiri tidak sempurna. Straw diharamkan, tetapi tiada sebarang cadangan dilakukan sebagai alternatif.”

Objektif keseluruhan

Pelan hala tuju itu merangkumi caj pencemaran di seluruh negara untuk pengunaan beg plastik dan larangan pengunaan straw dilaksanakan bermula tahun ini.

Namun, kata Hafiz tiada visi jelas untuk pelaksanaan rancangan tersebut.

“Menurut pelan hala tuju itu, tiga tahun pertama memberi fokus untuk menghapuskan pengunaan straw plastik, tetapi tidak dijelaskan bagaimana ia perlu dilakukan.”

Beliau juga bercakap mengenai perlunya sasaran lebih jelas.

“Adakah kita melarang produk-produk berasaskan bahan petrokimia atau mengalakkan pengunaan bahan hijau, atau bahan produk yang boleh diguna semula?

“Pelan hala tuju tidak jelas dari segi rancangan tindakan jangka masa panjang. Apakah objektif keseluruhan?”

“Tetapi kertas menggunakan lebih banyak air dan mempunyai jejak karbon lebih tinggi, dan ia bukan produk akhir mesra pengguna serta mempunyai rasa yang teruk,” katanya.

Satu lagi masalah yang beliau lihat adalah kekurangan bekalan untuk memenuhi permintaan terhadap pengunaan plastik sekali guna.

Sebagai contoh, bioresin, satu bahan berasaskan tumbuhan, boleh mengurangkan kebergantungan bahan berasaskan petrokimia, katanya.

“Namun, kita tidak mempunyai pengeluar bahan bioresin untuk memenuhi permintaan pasaran tempatan.”

Tambahnya, kebanyakan bahan “hijau” dan boleh diperbaharui ketika ini semuanya diimport, menjadinya ia lebih mahal dan terhad.

“Bahkan di peringkat global, pengeluaran bioresin tidak mencukupi, kebiasaannya disebabkan kekurangan bekalan, menyebabkan ia mahal dan bahan tidak banyak.”

Pun begitu, terdapat bahan-bahan lain yang boleh digunakan untuk menghasilkan produk hijau seperti hem, alga dan pain yang tidak kos efisien.

Pemeriksaan di kedai-kedai makan di sekitar Lembah Klang menunjukkan kebanyakan masih menggunakan straw plastik, dan ada sesetengah pengguna sanggup membayar caj 20 sen untuk penggunaan beg plastik daripada membawa sendiri beg yang boleh digunakan semula.

‘Larangan penuh’

Bagi Hafizudin Nasarudin, presiden Persatuan Aktivis Sahabat Alam, penguatkuasaan terhadap polisi tersebut perlu melangkah lebih jauh sehingga ke tahap pengeluaran, ke syarikat pengeluar itu sendiri.

“Mereka juga sepatutnya perlu mematuhi polisi lebih ketat, seperti mewajibkan penggunaan bahan terbiodegradasikan dan mesra alam untuk pengeluar pembuatan plastik,” katanya kepada MalaysiaNow.

Malah, beliau percaya syarikat seperti itu harus dilarang sama sekali beroperasi di negara ini.

Tetapi Hafizudin mengakui tidak mudah untuk melarang pengeluaran plastik di peringkat korporat kerana ia akan mempengaruhi permintaan sumber petroleum.

Ia juga memerlukan “kesanggupan politik” yang tinggi pada peringkat kebangsaan untuk melaksanakan reformasi agar negara dapat mengharamkan pengunaan plastik, bukan sahaja pengguna, tetapi juga pengeluar,” katanya.

Buat masa ini, dia mengakui larangan penggunaan straw dan beg plastik membantu mengurangkan pencemaran.

“Mungkin sekitar 20% masalah itu dapat dikurangkan,” katanya.

“Walau apa jua, plastik bukannya selalu yang jahat.

“Ia sebenarnya inovasi yang luar biasa dan sangat sesuai dengan tujuannya – bergantung kepada kepengunaannya,” kata Hafiz kepada MalaysiaNow.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.