- Iklan -
Berita

Ketua menteri Sabah, isteri pulih Covid-19

Beliau dan isteri dibenarkan pulang ke rumah hari ini.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Ketua Menteri Sabah, Hajiji Mohd Noor. Gambar: Bernama
Ketua Menteri Sabah, Hajiji Mohd Noor. Gambar: Bernama

Ketua Menteri Sabah Hajiji Noor, pulih daripada Covid-19 dan dibenarkan keluar dari wad di Hospital Queen Elizabeth (HQE) di Kota Kinabalu, pada jam 10.30 pagi tadi.

Turut dibenarkan pulang ialah isteri beliau, Juliah Salag.

Hajiji yang bimbang dengan peningkatan jumlah kes Covid-19 di Sabah berkata, kerajaan negeri akan berusaha sedaya upaya untuk membendung penularan wabak itu.

“…yang penting ialah rakyat mesti berdisiplin, bekerjasama dan sentiasa mematuhi prosedur operasi standard yang ditetapkan oleh kerajaan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Hajiji mengucapkan terima kasih kepada Pengarah Kesihatan Sabah Dr Christina Rundi; Pengarah HQE Dr William Gotulis; Ketua Unit Penyakit Berjangkit Dr Lee Heng Gee; doktor-doktor pakar dan jururawat yang merawat beliau dan isteri.

Hajiji yang bimbang dengan peningkatan jumlah kes Covid-19 di Sabah berkata, kerajaan negeri akan berusaha sedaya upaya untuk membendung penularan wabak itu.

Hajiji turut melahirkan penghargaan dan berterima kasih, kepada mereka yang sentiasa mendoakan kesembuhan dan kesihatan beliau, serta petugas barisan hadapan yang bertungkus lumus berkorban masa dan tenaga bagi membendung penularan wabak Covid-19.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.