Pandemik Covid-19 yang memusnahkan ekonomi dan kehidupan seluruh dunia, memberikan harapan baru kepada rakyat Malaysia apabila platform dalam talian menjadi medium baru perniagaan.
Keadaan yang diramal pakar akan memakan masa selama lima tahun itu kini berlaku kurang dari satu tahun kerana tekanan kehilangan pekerjaan disebabkan pandemik memaksa orang ramai mendekati internet dan menjadi peniaga dalam talian.
Pakcik dan makcik berusia lewat 70-an kini mengadakan sidang video Zoom, peniaga nasi lemak mengambil pesanan melalui aplikasi WhatsApp, menunjukkan rakyat Malaysia memiliki kemahiran baru mengejutkan dalam mentransformasi diri menjadi golongan peka teknologi.
Satu laporan kajian oleh Facebook menunjukkan rakyat Malaysia merupakan pengguna digital tertinggi di Asia Tenggara. 83% daripada jumlah itu merupakan golongan berusia 15 tahun dan ke atas.
Seorang pakar teknologi Lilyana Latiff, bagaimanapun berkata ramalan adalah dalam masa lima tahun.
“Saya rasa perkara yang sepatutnya berlaku dalam tempoh 15 tahun akan datang di Malaysia kini hanya memerlukan enam bulan kerana pandemik Covid-19,” kata ketua pegawai eksekutif Yayasan Beta itu kepada MalaysiaNow.
Lilyana yang mempunyai pengalaman selama 23 tahun dalam bidang teknologi tinggi berkata masih segar dalam ingatannya mengenai harapan tinggi Dr Mahathir Mohamad ketika mentadbir negara pada lewat tahun 1990-an yang membawa kepada pembentukan Koridor Raya Multimedia (MSC), yang akhirnya menjadi koridor tak ke mana bagi berjuta rakyat Malaysia.
Lilyana bermula sebagai seorang usahawan e-pembelajaran pada awal tahun 2000, jadi beliau amat memahami sikap rakyat negara ini yang begitu sukar menerima teknologi.
Bagaimanapun, penularan global pandemik Covid-19 yang menyebabkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan merubah landskap hubungan rakyat dengan teknologi hanya dalam tempoh enam bulan, daripada tidak peduli kepada kebergantungan penuh.
“Saya rasa perkara yang sepatutnya berlaku dalam tempoh 15 tahun akan datang di Malaysia kini hanya memerlukan enam bulan kerana pandemic Covid-19,” kata ketua pegawai eksekutif Yayasan Beta itu kepada MalaysiaNow.
“Orang ramai mula menyedari betapa banyak sekali boleh dilakukan dengan teknologi pengguna dalam talian selepas Facebook diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2007,” katanya.
“Mereka mula menjual pakaian bayi dan berbagai lagi dan anda kini boleh lihat kerani bank serta jururawat hospital mula menjana pendapatan sampingaan.”
Peniagaan tradisional di Malaysia kini perlu memikir semula selepas pendekatan “bata dan motar” menyebabkan mereka jauh ketinggalan berbanding pakcik dan makcik yang menjadi usahawan digital.
“Rakyat Malaysia daripada semua peringkat usia menyedari penjualan di Facebook atau Instagram lebih murah dan tidak perlu membayar untuk gerbang pembayaran atau membuka syarikat, apa yang kami perlukan hanyalah akaun bank.”
Ketika ramai kehilangan pekerja atau gaji mereka dipotong, ramai menyedari dengan cepat platform dalam talian adalah peluang besar peniagaan mereka. Media sosial membolehkan rakyat Malaysia memasarkan produk mereka tanpa perlu mempunyai laman sesawang.
Pada tahun 2015, platform e-dagang Lazada mempunyai pejabat mereka di Malaysia sebagai tapak uji, terima kasih kepada lebih 30 juta penduduk berpendidikan dan pelbagai kaum dan bahasa di negara ini.
Kejayaan Lazada memberi inspirasi kepada platform e-dagang yang lain seperti FashionValet dan Shopee untuk mengikuti langkah yang sama, kata Lilyana.
“Tahun ini, syarikat-syarikat itu menemui tuah mereka didorong pandemik Covid-19 yang menyebabkan pusat beli-belah, pasar raya dan butik ditutup di seluruh negara.”
Namun, Lilyana menegaskan perubahan paling ketara berlaku dalam perusahaan mikro Malaysia: peniaga dan penjaja yang awalnya menjalankan perniagaan kecil-kecilan di tepi-tepi jalan di bandar-bandar: penjual rendang, makcik penjual kuih, ayah dan anak menjaja lauk di belakang pikap mereka.
Mereka ini, kata Lilyana, adalah golongan paling kurang diharap untuk memanfaatkan kekuatan media sosial, namun di sebabkan pandemik ia mendorong mereka untuk melangkaui jangkaan, dengan sedikit bantuan daripada cucu-cucu mereka.
“Apa yang kami lihat antara 2015 hingga 2019, rakyat Malaysia semakin selesa membeli-belah dalam talian,” jelas Lilyana. “Tetapi apa yang kita lihat pada tahun 2020 kerana pandemik, rakyat Malaysia kini menjual dalam talian.”
Perkhidmatan penghantaran seperti Grab, Foodpanda dan Lalamove bersaing untuk membantu e-penjual baru ini ketika pengguna tidak dibenrkan atau tidak mahu keluar rumah untuk ke kedai.
Peralihan ke e-penjual ini didorong oleh Program Penjana kedua kerajaan, dilaksanakan untuk memberi sokongan kewangan kepada peniaga kecil dan baru.
Penjana turut merangkumi peruntukan kepada perusahaan mikro yang layak untuk berkembang menjadi platform e-dagang dengan memberi subsidi dan insentif.
Adakah ledakan digital perusahaan mikro ini akan kekal selepas tempoh pandemik?
“Ya, kata Lilyana kepada MalaysiaNow. “Sebaik sahaja e-penjual tahu betapa mudahnya, mereka tidak akan berhenti. Terutama mereka yang melakukannya untuk teruskan kelangsungan hidup.”