- Iklan -
Berita

Dulu estet getah, kini bandar raya berpotensi besar

Pakar ekonomi lihat bandar raya terbaru Selangor memiliki potensi besar untuk pembangunan.

Roznah Abdul Jabbar
2 minit bacaan
Kongsi
Subang Jaya yang kini berstatus bandar raya dilihat mampu menarik lebih ramai pelabur bagi merancakkan sektor ekonominya.
Subang Jaya yang kini berstatus bandar raya dilihat mampu menarik lebih ramai pelabur bagi merancakkan sektor ekonominya.

Daripada sebuah estet getah hingga menjadi bandar raya ketiga di Selangor, Subang Jaya dilihat memiliki potensi, kata seorang ahli ekonomi mengenai pengisytiharan bandar raya itu hari ini.

Yeah Kim Leng, kini bersama Universiti Sunway berkata, status Subang Jaya sebagai sebuah bandar raya akan membolehkannya menerima peruntukan lebih besar untuk pembangunan dan infrastruktur yang akan membolehkannya memperkukuh dan mempertahankan kedudukannya.

Dari segi ekonomi, ia mencapai status lebih tinggi dan bakal menarik lebih ramai pelabur membolehkan pertumbuhan lebih pesat dan pasaran lebih baik,” katanya kepada MalaysiaNOW

“Ia dapat menarik lebih banyak perniagaan dari segi volum dan diversiti, dan menjadi peluang terbaik untuk pemilik perniagaan.”

Subang Jaya bermula sebagai sebuah estet getah dan berkembang menjadi bandar kediaman pada tahun 1970-an.

Kawasan yang dahulunya yang hanya menempatkan pusat beli-belah Subang Parade dan Pusat Perubatan Subang Jaya – kini dikenali sebagai Pusat Perubatan Sime Darby – diiktiraf menjadi majlis perbandaran pada tahun 1997 dan menerima lampu hijau daripada Kabinet untuk diakreditasi sebagai bandar raya akhir tahun lalu.

Yeah berkata ia mempunyai potensi besar untuk menarik pelbagai industri baru dan menyediakan lebih banyak peluang pekerjaan yang juga akan menentukan profil pendapatan penduduknya.

“Semua itu bergantung kepada kelebihan sedia ada dan fokusnya terhadap pertumbuhan,” tambahnya, dengan memberi cadangan pembukaan kawasan baru berteraskan teknologi internet, e-dagang serta penyelidikan dan pembangunan.

Namun beliau menegaskan semua itu memerlukan perancangan yang teliti, dan jika gagal berbuat demikian ia boleh meningkatkan ketaksamaan pendapatan.

“Semua itu bergantung kepada kelebihan sedia ada dan fokusnya terhadap pertumbuhan,” tambahnya, dengan memberi cadangan pembukaan kawasan baru berteraskan teknologi internet, e-dagang serta penyelidikan dan pembangunan.

Walaupun tanpa data yang tepat mengenai permintaan hartanah sejak enam bulan lepas, beliau meramalkan minat terhadap kawasan Subang Jaya akan terus wujud mengambil kira kepada ketercapaian ke bandar-bandar tersebut.

“Subang Jaya masih dianggap sebagai mampu milik oleh penduduk Kuala Lumpur,” katanya kepada MalaysiaNow.

Katanya dengan status terbaru sebagai bandar raya, ia akan meningkatkan harapan kepada sistem kebersihan lebih sistematik, ketercapaian hubungan serta infrastruktur dan kemudahan yang cekap.

“Sistem pengangkutan awam yang baik mesti menjadi salah satu matlamatnya kerana ia pasti ditunggu-tunggu orang ramai,” tambahnya.

Katanya, Majlis Perbandaran Subang Jaya menunjukkan prestasi yang baik selama ini dan tiada alasan unntuk tidak meneruskannya.

Noraini Roslan, dilantik sebagai Datuk Bandar Subang Jaya hari ini berkata, agenda utama untuk bandar raya itu akan disusun dalam rancangan strategik 2020-2025.

“Komitmen transformatif terhadap pembangunan bandar mampan akan terus dilakukan secara bersepadu melibatkan sosial, ekonomi dan alam sekitar menjadikan ia dalam satu dimensi utama,” katanya.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.