- Iklan -
Berita

Jangan sampai rakyat benci ahli politik, kata Mufti Perlis

Masalah rakyat seperti pandemik Covid-19 perlu diutamakan dan bukannya perebutan kuasa.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Mufti Negeri Perlis Mohd Asri Zainul Abidin (tiga, kanan). Gambar: Bernama.
Mufti Negeri Perlis Mohd Asri Zainul Abidin (tiga, kanan). Gambar: Bernama.

Mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin menasihati ahli politik untuk kembali mengutamakan kemaslahatan rakyat yang terkesan dengan penularan wabak Covid-19 daripada sibuk berebut kuasa.

“Tiada guna bagi ahli politik berebut untuk memegang jawatan siang dan malam sedangkan rakyat sedang terhimpit dengan kesan penularan pendemik ini (Covid-19).

“Nasihat saya kepada ahli politik, jangan sampai rakyat bencikan semua mereka kerana keadaan sudah berubah dan rakyat hari ini berfikiran lebih matang serta tidak lagi taksub kepada satu-satu parti poliltik atau pemimpin sahaja,” katanya kepada Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata asas dalam berpolitik adalah untuk menyelesaikan kemaslahatan rakyat, lebih-lebih lagi ketika rakyat terkesan dengan wabak Covid-19, kebangkitan isu berbentuk perebutan kuasa hanya menambah beban dan keresahan rakyat.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.