- Iklan -
Berita

Semua perlu bersatu perangi Covid-19, jangan bertelagah pesan Noor Hisham

Ambil iktibar daripada apa yang berlaku daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Seorang petugas barisan hadapan meletakkan sampel ujian swab sebelum di hantar ke makmal untuk diuji.
Seorang petugas barisan hadapan meletakkan sampel ujian swab sebelum di hantar ke makmal untuk diuji.

Jangan bertelagah antara satu sama lain dan rakyat Malaysia perlu bersatu dalam memerangi Covid-19.

Itu pesanan Ketua Pengarah Kesihatan, Dr. Noor Hisham Abdullah yang turut mengingatkan orang ramai supaya mengambil iktibar daripada apa yang berlaku daripada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah baru-baru ini.

“Petugas barisan hadapan bertahan berada di lapangan selama 24/7 dalam tempoh 10 bulan sebelum ini. Keletihan dari segi mental dan fizikal. Ada yang hampir menyerah. Tolonglah ambil iktibar daripada PRN Sabah dan jangan ulangi lagi,” katanya dalam posting di Facebooknya hari ini.

Noor Hisham juga sebelum itu, meminta rakyat Malaysia bersama dan berusaha sedaya upaya untuk sekali lagi melandaikan lengkung penularan pandemik di negara ini.

“Ia adalah cabaran untuk melindungi dan mencapai keseimbangan antara kesihatan dan ekonomi dalam memerangi Covid-19.

“Hilang keseimbangan bermakna kehilangan nyawa dan mata pencarian. Bersama-sama kita mengubah sesuatu yang mustahil kepada kejayaan melandaikan lengkung sekali lagi,” ujarnya.

Semalam Noor Hisham bersama dengan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin dan beberapa lagi anggota Kabinet menghadap Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah bagi memberi beberapa cadangan dalam memerangi kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Sehingga semalam 204 kematian dicatatkan dengan jumlah keseluruhan kes yang aktif 8,416 kes.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.