Bekas penyerang Brazil Ronaldinho positif Covid-19
Bagaimapun beliau tidak menunjukkan sebarang gejala setakat ini.
Terkini
Bekas penyerang Brazil Ronaldinho memberitahu dirinya dijangkiti Covid-19 tetapi tidak bergejala, lapor AFP.
Bekas pemain Barcelona dan AC Milan berusia 40 tahun itu, yang pernah memenangi Liga Juara-Juara dan Piala Dunia sepanjang zaman kegemilanganya, akan dikuarantin di hotel Belo Horizonte.
“Hai kawan-kawan, keluarga, peminat, saya telah menjalani ujian Covid-19 dan keputusannya adalah positif. Saya dalam keadaan baik dan belum ada gejala,” kata Ronaldinho dalam rakaman video yang dimuat naik ke Instagram.
Pada Ogos lalu, Ronaldinho kembali ke Brazil selepas ditahan lima bulan di Paraguay kerana kesalahan memalsukan pasport.
Bekas pemenang anugerah Ballon d’Or itu dan adiknya dipenjara sebulan dan ditahan empat bulan lagi di sebuah hotel di Asuncion.
Brazil mencatat lebih daripada 156,000 kematian akibat Covid-19, di belakang Amerika Syarikat dalam jumlah kematian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.