- Iklan -
Berita

Dr Mahathir cadang jawatan pendapatan tinggi kerajaan termasuk menteri dipotong gaji

Bekas PM berkata menteri dan ahli Parlimen mendapat gaji dan elaun yang tinggi.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.
Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad.

Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad mencadangkan individu yang mempunyai pendapatan tinggi di sektor awam dan swasta dipotong sebanyak 10% untuk membantu golongan yang terjejas akibat pandemik Covid-19, mengatakan pengorbanan itu tidak akan membebankan mereka.

Dalam satu kenyataan hari ini, Mahathir berkata wang yang diperoleh daripada pemotongan tersebut berupaya membantu rakyat yang kehilangan kerja dan tidak mempunyai pendapatan.

“Pandemik ini memberi paling banyak kesan kepada golongan miskin. Bagi mereka yang kehilangan kerja dan peniaga kecil, mereka tidak mempunyai pendapatan langsung.

“Mereka ini kais pagi makan pagi. Mereka juga tidak memiliki wang untuk membeli makanan. Mereka akan kelaparan,” tulis Mahathir dalam kenyataan yang disiarkan di blognya Chedet.cc.

Kenyataan itu juga membahaskan beberapa perkara utama yang memfokuskan kepada isi Belanjawan 2021 kerajaan yang dibentangkan Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz pada Jumaat.

Dalam pada itu, beliau juga meluahkan kebimbangan terhadap jawatan menteri dan ahli Parlimen yang dilihat bermewah dengan nilai elaun yang tinggi sejak 15 tahun kebelakangan ini.

“Pandemik ini memberi paling banyak kesan kepada golongan miskin. Bagi mereka yang kehilangan kerja dan peniaga kecil, mereka tidak mempunyai pendapatan langsung.

Katanya, golongan itu disalurkan peruntukkan untuk pelbagai jenis elaun dengan kadar sehingga 25% setiap kali kenaikan.

Tambahnya, tindakan tersebut menjadikan ramai orang mahu memegang jawatan sebagai ahli Parlimen dan menyertai jemaah menteri.

“Adalah lebih baik sekiranya jawatan-jawatan ini dilihat kurang menguntungkan (pada tatapan awam),” katanya.