- Iklan -
Berita

Kenyataan ‘KL bukan Ketereh’ Teresa Kok cetus kemarahan peniaga kecil

Mereka berkata ahli Parlimen Seputeh itu tidak memahami nasib menimpa beribu-ribu warga kota yang hilang pekerjaan.

Fazreen Kamal
2 minit bacaan
Kongsi
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok. Gambar: AFP
Ahli Parlimen Seputeh Teresa Kok. Gambar: AFP

Kenyataan Teresa Kok di Dewan Rakyat baru-baru ini membantah langkah kerajaan membenarkan orang ramai membuka gerai di Kuala Lumpur mendapat kecaman hebat peniaga-peniaga kecil yang mengatakan ahli Parlimen Seputeh itu tidak sensitif terhadap keadaan golongan berpendapatan rendah terkesan pandemik Covid-19.

Kok mempersoalkan langkah Annuar Musa membenarkan penduduk Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan membuka gerai dan perniagaan kecil di mana-mana kawasan bersesuaian bagi tempoh enam bulan bermula 15 November, mengatakan menteri Wilayah Persekutuan itu ingin menjadikan kota metropolitan itu seperti Parlimen Ketereh.

“Saya agak hairan dengan kenyataan dibuat oleh menteri ini kerana beliau seolah-olah nak jadikan Wilayah Persekutuan ini kawasan Parlimen Ketereh di Kelantan yang mana semua orang boleh buka stor, buka meja jual apa apa-apapun di mana-mana tempat,” kata Kok pada Khamis.

Kenyataan Kok itu dikatakan senada dengan enam persatuan perniagaan besar, yang mendakwa penjaja tidak mengamalkan tahap kebersihan sepatutnya, dan kewujudan mereka hanya akan menambah lagi masalah tikus di kawasan bandar.

Persatuan itu, yang mewakili pemilik pusat-pusat beli-belah, peniagaan pembinaan dan peruncitan turut berkata langkah itu tidak adil kerana mereka perlu membayar lesen dan permit tidak seperti peniaga kecil.

Persatuan Peniaga dan Penjaja Bumiputera Kuala Lumpur berkata kenyataan yang dikeluarkan Kok itu menunjukkan pemimpin DAP itu tidak memahami nasib menimpa penduduk miskin di bandar yang tinggal di ibu kota.

“Saya agak hairan dengan kenyataan dibuat oleh menteri ini kerana beliau seolah-olah nak jadikan Wilayah Persekutuan ini kawasan Parlimen Ketereh di Kelantan yang mana semua orang boleh buka stor, buka meja jual apa apa-apapun di mana-mana tempat,” kata Kok pada Khamis.

Katanya, langkah kerajaan itu amat dialu-alukan kerana merupakan salah satu cara bagi membolehkan penduduk ibu kota mencari sumber pendapatan alternatif, selepas beribu-ribu kehilangan pekerjaan sejak pandemik Covid-19 melanda bermula awal tahun.

Mad Jan seorang peniaga kuetiau di Taman Sri Rampai di Wangsa Maju, Kuala Lumpur menyifatkan kelonggaran yang diberikan untuk berniaga membuka ruang kepada semua mencari sesuap nasi selepas dibuang kerja.

“Saya tidak nampak akan timbul masalah sebab semua orang mempunyai kelebihan masing-masing dalam menghasilkan apa sahaja makanan yang mereka nak jual.

“Jadi tiada istilah persaingan atau berebut pelanggan kerana rezeki masing-masing,” tambahnya.

Seorang peniaga burger, Hairul Samsul di kawasan sama berharap semua yang hendak berniaga sentiasa menjaga kebersihan dan tidak mengambil sikap sambil lewa sebagai balasan kepada peluang diberikan.

“Jangan bagi orang atau pembeli ‘complaint’ peniaga tak tau jaga kebersihan dan menyusahkan orang,” katanya.

Rosli berkata menjadi peniaga kecil masih memerlukan modal untuk menjalankan perniagaan, dan mereka juga perlu memohon lesen serta mematuhi peraturan dan prosedur yang ditetapkan pihak berkuasa.

Katanya, masyarakat kota daripada semua kaum patut diberikan peluang sama rata untuk berniaga.

“Saya selaku pemimpin persatuan peniaga sendiri sudah berbincang dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengenai tempat yang sesuai buat peniaga kecil yang ingin membuka gerai mereka.”

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.