- Iklan -
Berita

Bekas menteri Kabinet, Zaleha Ismail meninggal dunia

Zaleha pernah menjawat jawatan menteri perpaduan negara dan pembangunan masyarakat pada 1995 serta timbalan menteri pengangkutan pada tahun yang sama.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas menteri Kabinet, Zaleha Ismail (kiri). Gambar: Global Peace Foundation Malaysia
Bekas menteri Kabinet, Zaleha Ismail (kiri). Gambar: Global Peace Foundation Malaysia

Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Zaleha Ismail, 84, meninggal dunia pada pukul 8.15 malam tadi kerana mengalami pelbagai komplikasi kesihatan.

Adik ipar Allahyarham, Abdul Aziz Shahrin, 60, ketika dihubungi Bernama mengesahkan Allahyarham meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Kuala Lumpur, selepas mengalami sesak nafas pada pukul 6 petang semalam.

“Jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Salahuddin Al-Ayubbi, Taman Melati di Kuala Lumpur pada 9 pagi tadi untuk disembahyangkan dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Ibukota di sini,” katanya ketika dihubungi Bernama malam tadi.

Allahyarham antaranya pernah menjawat jawatan menteri perpaduan negara dan pembangunan masyarakat pada 1995 serta timbalan menteri pengangkutan pada tahun yang sama.

Selain itu, Allahyarham pernah dilantik sebagai naib ketua Wanita Umno pada tahun 1976 sehingga 1980 dan ketua Wanita Umno Kuala Lumpur pada tahun 1977 sehingga 1978.

Allahyarham dikurniakan tiga cahaya mata hasil perkongsian hidup bersama suaminya Allahyarham Abd Rahman Ali iaitu Dr Zurin Adnan, Zurin Azlan dan Zurin Azrai.

 

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.