Adun Bugaya dari Warisan meninggal dunia
Ketua Wanita Warisan Semporna meninggal dunia akibat sakit buah pinggang.
Terkini
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bugaya Manis Muka Mohd Darah, 65, meninggal dunia di Hospital Gleneagles Kota Kinabalu tengah hari tadi
Presiden Warisan Mohd Shafie Apdal yang mengesahkan pemergian Allahyarhamah kepada MalaysiaNow turut menyampaikan ucapan takziah kepada ahli keluarga.
Manis Muka dimasukkan ke unit rawatan rapi hospital berkenaan malam tadi akibat menderita sakit buah pinggang.
Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah September lalu, Manis mempertahankan DUN Bugaya dengan majoriti 6,005 undi selepas mendapat 8,557 undi dalam pertembungan 7 penjuru.
Manis Muka, yang juga ketua Wanita Warisan Semporna mengalahkan calon Perikatan Nasional (PN), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno), Parti Perpaduan Rakyat Sabah (PPRS), Parti Cinta Sabah (PCS) dan dua calon Bebas.
Beliau aktif dalam politik sejak 1985 dan pernah memegang jawatan ketua Wanita Umno Bahagian Semporna, sebelum menyertai Warisan.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.