- Iklan -
Berita

Jho Low mengaku bersembunyi di China

Dia dikatakan berunding untuk bertemu dengan penyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Hong Kong atau Macau, lapor Al Jazeera.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low. Gambar: Facebook
Ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho yang lebih dikenali sebagai Jho Low. Gambar: Facebook

Ahli Perniagaan dalam buruan kerana skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB), Low Taek Jho mengaku berada di China dan berunding untuk bertemu dengan penyiasat skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Hong Kong atau Macau, lapor Al Jazeera.

Bagaimanapun ketika penyiasat 1MDB Malaysia bersetuju mengadakan pertemuan di Macau, Low yang lebih dikenali sebagai Jho Low berubah hati dan melarikan diri ke Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

“Kerana semua waran tangkap itu, anda tahu, secara efektif orang-orang Emiriyah Arab Bersatu tidak menganggapnya selamat, jadi saya baru saja masuk ke Dubai,” kata Low mengenai cubaannya memasuki negara itu.

Dokumentari penyiasatan khas Al Jazeera berjudul “Jho Low: Hunt For A Fugitive” melaporkan percubaan terdesak ahli perniagaan dalam buruan itu untuk merundingkan perjanjian dengan kerajaan Malaysia dan mengelakkan dirinya dari masuk penjara kerana skandal kewangan 1MDB.

Dokumentari dikendalikan wartawan Mary Ann Jolley memaparkan rakaman perbualan telefon Low dengan pihak berkuasa Malaysia dari Mei hingga November 2018 ketika beliau berusaha membuat perjanjian dengan kerajaan Pakatan Harapan (PH) pimpinan Dr Mahathir Mohamad.

Low kemudian menjelaskan bagaimana UAE berada dalam keadaan “sangat paranoid” sekarang dan “suatu yang sangat mencabar” bagi mendapatkan izin untuk bertemu para penyiasat 1MDB.

Dokumentari penyiasatan khas Al Jazeera berjudul “Jho Low: Hunt For A Fugitive” melaporkan percubaan terdesak ahli perniagaan dalam buruan itu untuk merundingkan perjanjian dengan kerajaan Malaysia dan mengelakkan dirinya dari masuk penjara kerana skandal kewangan 1MDB.

Keupayaan Low untuk merentas sempadan antarabangsa walaupun Interpol mengeluarkan dua Notis Merah terhadapnya, serta waran tangkap Amerika Syarikat (AS) yang aktif dan sejumlah pasport yang dibatalkan juga turut diceritakan dalam dokumentari ini.

Al Jazeera mengatakan sudah melihat dokumen pelepasan penerbangan rasmi yang mengesahkan laporan sebelumnya oleh Asia Times yang berpusat di Hong Kong, bahawa baru-baru ini pada November 2019 Low terbang dari Bangkok ke Dubai dan berhenti selama tiga hari di Ahmedabad di India.

Low dilaporkan menggunakan pasport negara Grenada.

Dalam dokumentari itu juga, Low turut mengaitkan rakan perniagaan 1MDB di UAE.

“Realitinya, orang di Abu Dhabi memang ambil duit.

“Perbincangan antara saya dengan mereka adalah, lihat, apa sahaja yang saya selesaikan dengan Jabatan Kehakiman (DoJ) yang digunakan untuk membayar bon 1MDB, anda semua harus selaras dengan jumlah yang sama, yang mungkin hampir satu bilion dolar,” katanya.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.