- Iklan -
Berita

KWSP jual aset untuk tampung pengeluaran pencarum

KWSP menganggarkan pengeluaran di bawah skim i-Sinar dan i-Lestari akan menelan belanja RM45 bilion.

Staff Writers
2 minit bacaan
Kongsi
Seorang lelaki melalui di hadapan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Kuala Lumpur.
Seorang lelaki melalui di hadapan bangunan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di Kuala Lumpur.

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) akan terus menjual asetnya untuk menyediakan dana agar pencarum dapat mengeluarkan wang daripada Akaun 1 dan Akaun 2 mereka, lapor The Malaysian Reserve.

KWSP menganggarkan pengeluaran di bawah skim i-Sinar dan i-Lestari akan menelan belanja RM45 bilion.

Pengurangan caruman tahun ini dan tahun depan meningkatkan jumlah aliran tunai kepada kira-kira RM60 bilion, lapor The Malaysian Reserve.

Difahamkan, langkah penjualan aset KWSP sudah mula dilaksanakan sejak Mac lalu.

“Buat masa ini, ini soal meningkatkan strategi, yang bermaksud apakah ada keperluan untuk menyeimbangkan kembali aset kita.

“Setakat yang kami tahu, Peruntukan Aset Strategik (SAA) akan terus jadi pemacu utama. Kami juga sangat prihatin mengenai impak terhadap pasaran,” kata Ketua Pegawai Pelaburan KWSP Rohaya Mohamad Yusoff.

Pengurangan caruman tahun ini dan tahun depan meningkatkan jumlah aliran tunai kepada kira-kira RM60 bilion, lapor The Malaysian Reserve.

Ketua Pegawai Eksekutif CEO KWSP Tunku Alizakri Raja Muhammad Alias ​​bagaimanapun tidak memberikan perincian mengenai rancangan kecairan.

Beliau juga menolak untuk mengulas dividen bagi tahun 2020, mengatakan bahawa mandat dana itu adalah untuk memberikan sekurang-kurangnya 2.5 peratus dividen nominal setiap tahun.

“Untuk setiap jumlah wang yangkami berikan kepada ahli kami, ini juga bermaksud lebih sedikit wang untuk kami laburkan.

“Ini adalah masa yang belum pernah terjadi sebelumnya aset berkualiti tinggi dengan penilaian yang sangat rendah. Apabila lebih banyak wang dikeluarkan dan tidak dapat digunakan, sebagai gantinya adalah kita akan kehilangan peluang,” kata Tunku Alizakri seperti dilaporkan.

Esok, kumpulan dana persaraan itu akan mengeluarkan butiran mengenai syarat untuk pencarum membuat pengeluaran daripada Akaun 1 bermula 1 Januari hingga 31 Disember tahun depan.

Di bawah skim i-Lestari, pencarum boleh mengeluarkan RM500 sebulan hingga RM6,000 daripada Akaun 2 mereka.

Sementara itu, di bawah skim i-Sinar membolehkan mereka yang kehilangan pekerjaan, cuti tanpa gaji, atau tidak mempunyai sumber pendapatan lain mengeluarkan sehingga 10 peratus simpanan Akaun 1 mereka, selagi mereka mempunyai minimum RM100 dalam simpanan mereka.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.