Apa usaha kerajaan bawa pulang Jho Low, soal Gobind
Jaminan KPN sebelum ini untuk bawa balik Jho Low dilihat semakin hilang dakwa Gobind.
Terkini
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) perlu menjelaskan apakah tindakan yang diambil untuk memastikan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low dibawa pulang ke Malaysia, soal bekas menteri penerangan.
Gobind Singh Deo (DAP- Puchong) turut mempertikaikan jaminan Ketua Polis Negara (KPN) Hamid Bador sebelum ini untuk membawa balik Jho Low ke Malaysia.
“Saya mahu tahu apa tindakan diambil oleh kerajaan untuk pastikan boleh kembalikan Jho Low ke Malaysia. Kenapa tak dengar perkara itu?” soalnya ketika perbahasan Belanjawan 2021 di Dewan Rakyat hari ini.
Gobind turut meminta penjelasan bagaimana usaha kerajaan untuk mengambil tindakan terhadap Jho Low sekiranya ada.
“Ini penting kerana harta dilesapkan beliau dalam skandal ini (1MDB). Usaha kerajaan pastikan wang dilesapkan dari negara kita khusus wang 1MDB dikembalikan pada negara kita,” katanya.
Gobind turut memetik laporan rakaman ahli perniagaan itu dengan pegawai kerajaan bawah pentadbiran Pakatan Harapan (PH) disiarkan dalam sebuah dokumentari Al Jazeera.
Dalam klip yang mengandungi 2 siri siasatan khas bertajuk “Jho Low: Hunt For A Fugitive”, merayu untuk membuat perjanjian kesnya dengan kerajaan Malaysia seperti dilakukannya dengan pihak berkuasa Amerika Syarikat berhubung dakwaan berkait 1MDB.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Artikel Berkaitan
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.