- Iklan -
Berita

Netanyahu adakan rundingan rahsia dengan Pompeo, Putera Mahkota Arab Saudi

Pertemuan enam mata itu dikatakan berlangsung di sebuah bandar di Neom.

AFP
1 minit bacaan
Kongsi
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. Gambar: AFP
Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu. Gambar: AFP

Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dilapor media mengadakan satu rundingan rahsia pada Ahad bersama Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed Salman, dalam lawatan pertama pemimpin itu ke negara tersebut.

Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Mike Pompeo, yang turut berada di Israel minggu lalu, dilaporkan menghadiri perbincangan itu, kata koresponden politik stesen televisyen Kan pada Isnin.

Stesen televisyen itu yang tidak menamakan pegawai Israel tersebut dilaporkan berkata Netanyahu dan ketua agensi perisik Mossad Yossi Cohen “terbang ke Arab Saudi kelmarin, bertemu Pompeo dan Putera Mohammed di bandar Neom”.

Beberapa media Israel lain turut melaporkan berita yang sama pada pagi Isnin.

Bagaimanapun pejabat Netanyahu belum mengeluarkan apa-apa kenyataan terhadap laporan itu.

Pertemuan itu diadakan selepas Israel bersetuju untuk mengeratkan hubungan dengan dua sekutu negara Arab, iaitu Arab Saudi dan Bahrain.

Kesepakatan itu dicapai semasa pentadbiran Presiden AS Donold Trump.

Para pegawai AS dan Israel berulang kali memberi isyarat lebih banyak negara Arab bersedia untuk menjalinkan hubungan bersama Israel.

Arab Saudi secara terbuka mengatakan akan berpegang teguh kepada Liga Arab yang sekian lama menolak hubungan dengan Israel sehingga konflik dengan Palestin diselesaikan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.