- Iklan -
Berita

Pembelajaran di universiti awam tidak tertangguh, kata menteri

44,188 pelajar Universiti Awam masih berada di kampus masing-masing bagi meneruskan pembelajaran.

Fazreen Kamal
2 minit bacaan
Kongsi
Pelajar institusi pengajian tinggi awam, Syukri A. Mokhtarudin dan Muhammad Hazim Zainal mengikuti kelas pembelajaran secara atas talian. Gambar: Bernama.
Pelajar institusi pengajian tinggi awam, Syukri A. Mokhtarudin dan Muhammad Hazim Zainal mengikuti kelas pembelajaran secara atas talian. Gambar: Bernama.

Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) mengesahkan sebanyak 435,994 pelajar sepatutnya mendaftar di universiti awam (UA) pada 9 Oktober 2020.

Menterinya, Noraini Ahmad berkata daripada jumlah itu 111,009 atau 25.5% adalah mahasiswa baru manakala 324,985 adalah penuntut yang akan menyambung pengajian untuk semester berikutnya bagi sesi akademi 2020/2021.

Tambahnya sehingga 24 November 2020, 44,188 pelajar universiti awam masih berada di kampus masing-masing bagi meneruskan pembelajaran masing-masing.

“Untuk maklumat Yang Berhormat setakat ini tiada kursus dan pembelajaran di UA yang tertangguh kerana mereka sudah membuat penjadualan semula kalendar akademi masing-masing.

“KPT juga memberikan kelonggaran kepada lima kategori berkeperluan sekiranya mempunyai masalah dari segi akses kepada internet dan segalanya.

“Mereka juga akan dibenarkan pulang ke kampus secara berperingkat bagi memenuhi keperluan pembelajaran dan pengajaran (PdP) untuk bidang pengajian berdepan masalah untuk melaksanakan PdP secara atas talian,” katanya di Dewan Rakyat, hari ini.

Noor Amin Ahmad (PH-Kangar) meminta menteri pengajian tinggi menyatakan apakah usaha dilakukan oleh kementerian untuk membantu mahasiswa yang tidak mempunyai akses internet untuk meneruskan PdP berikutan penutupan UA akibat penularan pandemik Covid-19 sekarang.

“KPT juga memberikan kelonggaran kepada lima kategori berkeperluan sekiranya mempunyai masalah dari segi akses kepada internet dan segalanya.

Mengulas lanjut, Noraini berkata lima kategori yang mana mahasiswanya dibolehkan kembali ke kampus adalah pelajar pasca siswazah mod penyelidikan di universiti awam dan swasta yang sedang menjalankan kajian.

“Kategori kedua pelajar tahun akhir sama ada peringkat sijil, diploma dan ijazah sarjana muda dan ketiga, pelajar semester tahun akhir yang tidak mempunyai akses internet.

“Keempat pelajar berkeperluan khas yang mengikuti program latihan teknikal dan vokasional di politeknik dan kolej Komuniti serta terakhir pelajar sesi kemasukan baru bagi sesi akademi 2020/2021 di semua universiti awam/swasta, Politeknik dan kolej komuniti.

“UA juga telah diminta membuat perancangan jadual akademik yang rapi berpandukan SOP MKN. Sekiranya berlaku senario di mana jadual makmal penuh, UA dibenarkan untuk menawarkan semester tiga atau semester pendek bagi pelajar untuk memenuhi keperluan kursus terbabit.”

 

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.