PRK Parlimen Gerik, DUN Bugaya serentak 16 Jan 2021
Kdua-dua kerusi Parlimen Gerik dan DUN Bugaya kosong selepas penyandangnya meninggal dunia bulan ini.
Terkini
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi kerusi Parlimen Gerik, Perak dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bugaya, Sabah, dijalankan serentak pada 16 Januari 2021.
Pengerusi SPR Abdul Ghani Salleh pada satu sidang media di di Putrajaya hari ini berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 4 Januari manakala pengundian awal pada 12 Januari.
Kedua-dua PRK berkenaan perlu diadakan berikutan kekosongan luar jangka kerusi Parlimen Gerik dan DUN Bugaya susulan kematian kedua-dua penyandang kerusi tersebut.
Penyandang kerusi Parlimen Gerik Hasbullah Osman meninggal dunia pada 16 November, manakala penyandang kerusi DUN Bugaya Manis Muka Mohd Darah kembali rahmatullah pada 17 November lepas.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.