2-0: PN menang lagi undi belah bahagi hari ini
Blok kerajaan 107 undi, manakala 95 tidak setuju dan 18 ahli Parlimen pula tidak hadir.
Terkini
Kerajaan Perikatan Nasional (PN) sekali lagi memenangi undi belah bahagi dalam Belanjawan 2021 bagi jawatankuasa Kementerian Kewangan.
Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun mengumumkan undi belah bahagi memihak kepada blok kerajaan dengan 107 undi, manakala 95 tidak bersetuju dan 18 ahli Parlimen pula tidak hadir.
Terdahulu Azhar mengeluarkan petua yang menyatakan “Apabila sudah bunyi loceng dua minit undian dijalankan tidak lagi dibenarkan masuk.
Awal hari ini kerajaan PN melepasi undian belah bahagi sebaik sahaja Jabatan Perdana Menteri selesai menggulung Belanjawan 2021 di peringkat jawatankuasa hari ini.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.