- Iklan -
Berita

Mahkamah tolak permohonan mencelah Najib membabitkan kes bunuh Altantuya

Mahkamah membenarkan peguam bekas perdana menteri itu jalankan arahan memerhati.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Bekas perdana menteri Najib Razak hadir untuk mendengar permohonan bagi mencelah dalam prosiding semakan kehakiman bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri yang ingin mengetepikan sabitan serta hukuman mati terhadapnya atas pertuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini. Gambar: Bernama
Bekas perdana menteri Najib Razak hadir untuk mendengar permohonan bagi mencelah dalam prosiding semakan kehakiman bekas pegawai Unit Tindakan Khas (UTK), Azilah Hadri yang ingin mengetepikan sabitan serta hukuman mati terhadapnya atas pertuduhan membunuh wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini. Gambar: Bernama

Bekas perdana menteri Najib Razak gagal dalam usahanya melakukan permohonan mencelah dalam kes melibatkan satu daripada dua anggota polis untuk mengetepikan keputusan bersalah kerana membunuh wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Bekas ketua inspektor Azilah Hadri, yang menanti hukuman mati di Penjara Kajang, cuba mengetepikan sabitan serta hukuman mati terhadapnya dengan memohon perbicaraan semula.

Ketua Hakim Besar Malaya Azahar Mohamed ketika mengumumkan keputusan itu di Mahkamah Persekutuan Putrajaya hari ini bagaimapun berkata peguam Najib, Muhammad Shafee Abdullah, mungkin boleh menjalankan arahan memerhati.

Tambahnya disebabkan Najib dikaitkan dengan perkara itu, mahkamah mungkin bergantung kepada permohonan dan pendakwaan.

Azilah, bersama seorang lagi bekas anggota polis Sirul Azhar Umar dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda didakwa atas tuduhan membunuh Altantuya pada 2006.

Razak yang merupakan bekas pembantu Najib, dibebaskan, manakala Azilah dan Sirul Azhar didapati bersalah dan dihukum.

Sirul kemudiannya bertindak melarikan diri ke Australia, di mana pihak berkuasa di sana enggan mengusirnya kerana tiada peruntukan di bawah undang-undang negara itu membolehkan seseorang itu dihantar pulang selepas lari daripada hukuman mati.

Altantuya, yang didakwa mempunyai hubungan sulit dengan Razak, ditembak mati sebelum badannya diletupkan dengan bahan letupan gred tentera di dalam hutan di Puncak Alam, Selangor.

Kes itu mencetuskan pelbagai spekulasi dan teori konspirasi yang kebanyakan mengaitkan dakwaaan pembelian dua kapal selam dari Perancis.

Selain Azahar, panel hakim lain terdiri daripada Mohd Zawawi Salleh, Vernon Ong, Zaleha Yusof dan Zabariah Mohd Yusoff.