18-0 selepas Belanjawan 2021 Kementerian Kesihatan lulus
Peruntukan untuk Kementerian Kesihatan diluluskan dengan undian suara.
Terkini
Undi peringkat jawatankuasa Belanjawan 2021 Kementerian Kesihatan diluluskan secara undian suara di Dewan Rakyat hari ini dengan sejumlah RM31.941 bilion diperuntukkan selepas tiada pihak yang memohon undi belah bahagi diadakan.
Ini menyaksikan Perikatan Nasional (PN) mendahului dalam pembentangan semua 18 kementerian di peringkat jawatankuasa meskipun sebelum ini dikhabarkan pembangkang Pakatan Harapan (PH) akan menguji semua kementerian dalam usaha untuk menggagalkannya.
Terdahulu perbahasan pada peringkat jawatankuasa bagi Kementerian Kesihatan penuh dengan kontroversi daripada kedua-dua belah pihak blok kerajaan dan pembangkang yang membangkit pelbagai isu serta persoalan mengenai pandemik Covid-19.
Bagaimanapun Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun berjaya mengawal keadaan meskipun beberapa kali penggulungan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Noor Azmi Ghazali diganggu.
Antara persoalan yang dibangkitkan adalah mengenai keberkesanan vaksin Covid-19, adakah ia sudah diuji, tempoh tepat vaksin itu akan tiba di Malaysia memandangkan negara jiran seperti Indonesia dilaporkan sudah menerima bekalan vaksin itu.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.