BN mohon maaf kepada Bersatu, PAS kerana singkirkan Faizal sebagai MB Perak
Permohonan maaf itu disampaikan oleh Pengerusi BN Ahmad Zahid Hamidi.
Terkini
Ahmad Zahid Hamidi menyampaikan permohonan maaf bagi pihak ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Barisan Nasional (BN) Perak di atas mengemukakan usul undi percaya kepada bekas menteri besar, Ahmad Faizal Azumu.
“Dalam perbincangan ini, pengerusi BN menyampaikan pernyataan maaf bagi pihak Adun-Adun BN Perak di atas kekhilafan yang berlaku,” kata satu kenyataan yang dikeluarkan setiausaha agung BN, Bersatu dan PAS hari ini.
Kenyataan itu juga memaklumkan pengerusi BN, presiden PAS dan presiden Bersatu bersama-sama dengan setiausaha agung ketiga-tiga parti sudah mengadakan perbincangan mengenai pembentukan kerajaan negeri Perak.
“Atas semangat permuafakatan antara ketiga-tiga parti bersetuju mencadangkan Saarani Mohamad sebagai MB Perak yang baru untuk diperkenankan oleh Sultan Perak.
“Perbincangan hari ini juga bersetuju dengan pelantikan-pelantikan lain dalam kerajaan negeri Perak.”
Ketiga-tiga parti itu turut bersepakat untuk memperkukuhkan lagi kerjasama antara parti dalam kerajaan Perikatan Nasional (PN) di Perak dan juga di peringkat nasional demi kestabilan politik dan kesejahteraan rakyat.
Semalam, Ahli Dewan Negara Perak Annuar Zaini berkata, tiada parti politik yang mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri Perak yang baru buat masa ini.
Bagaimanapun dengan keputusan berkenaan sekali gus menamatkan kemelut krisis Perak serta mengekalkan kerajaan PN.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.