- Iklan -
Berita

Maybank gagal cabar notis taksiran LHDN

Mahkamah juga mengarahkan Maybank untuk membayar keseluruhan cukai tertunggak dalam tempoh 30 hari.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan kehakiman Maybank. Gambar: AFP
Mahkamah Persekutuan menolak permohonan semakan kehakiman Maybank. Gambar: AFP

Malayan Banking Berhad (Maybank) gagal untuk mencabar notis taksiran kurangan yang dikemukakan kepadanya oleh Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) bagi tahun 2014 hingga 2017.

Panel tiga hakim Mahkamah Persekutuan yang diketuai Ketua Hakim Negara Tengku Maimun Tuan Mat menolak permohonan semakan kehakiman bank tersebut, mengesahkan keputusan Mahkamah Rayuan sebelum ini.

Peguam LHDN Hazlina Hussain menhujahkan tidak wujud elemen tidak sah, kesalahan undang-undang dan keadaan luar biasa yang membolehkan permohonan semakan kehakiman, memetik contoh dalam kes sebelum ini.

Maybank diwakili oleh peguam utama Palpanaban Devarajoo, termasuk S Saravana Kumar dan Ng Kar Ngai.

Mahkamah juga mengarahkan Maybank untuk membayar keseluruhan cukai tertunggak dalam tempoh 30 hari daripada tarikh keputusan.