- Iklan -
Berita

Dewan Negara lulus Belanjawan 2021

Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah ketika membuat penggulungan pada Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-14 Persidangan Dewan Negara di Bangunan Parlimen hari ini. Gambar: Bernama

Dewan Negara hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 (Belanjawan 2021).

Rang undang-undang itu diluluskan sebulat suara selepas bacaan kali ketiga oleh Timbalan Menteri Kewangan II Mohd Shahar Abdullah.

Rang Undang-Undang Perbekalan 2021 itu melalui tempoh lima hari perbahasan dan penggulungan oleh setiap kementerian selepas dibentangkan di dewan tersebut pada 16 Disember.

Rang undang-undang itu diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 15 Disember melalui undi belah bahagian selepas bacaan kali ketiga oleh Menteri Kewangan Tengku Zafrul Aziz.

Persidangan Dewan Negara bersambung Isnin.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.