- Iklan -
Berita

Kamala Harris terima dos pertama vaksin Covid-19

Beliau disuntik vaksin keluaran syarikat Moderna di United Medical Center di Washington.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Bakal naib presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris. Gambar: AFP
Bakal naib presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris. Gambar: AFP

Bakal naib presiden Amerika Syarikat (AS) Kamala Harris pada Selasa menerima dos pertama vaksin Covid-19, lapor agensi berita Xinhua.

“Saya ingin menggalakkan semua untuk mendapatkan vaksin. Ia tidak sakit, mudah dan selamat,” kata Harris sejurus selepas diberikan vaksin Moderna di United Medical Center di Washington.

“Oleh itu, saya menggesa semua orang mendapatkan vaksin itu bila tiba giliran anda.”

Seminggu sebelum itu, bakal Presiden Joe Biden menerima vaksin Pfizer-BioNTech, yang mendapat kebenaran penggunaan kecemasan dari Pentadbiran Makanan dan Ubat-ubatan AS, Turut diberi kebenaran vaksin Moderna.

Selain Biden dan Harris, Naib Presiden Mike Pence dan isteri Karen Pence juga sudah disuntik.

Semua proses suntikan vaksin itu disiarkan secara langsung menerusi saluran televisyen.

Presiden Donald Trump awal bulan ini berkata, sudah menukar rancangan untuk  mengutamakan petugas Rumah Putih dalam program vaksinasi negara dan “dia sendiri belum menetapkan jadual mengambil vaksin,” tetapi berharap akan mengambilnya pada masa  sesuai”.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.