- Iklan -
Berita

Selepas dilabel mata wang terburuk di Asia, ringgit kini semakin pulih

Semalam, ringgit melepasi paras psikologi 4.00, diperdagang pada 3.997 dolar AS.

MalaysiaNow
2 minit bacaan
Kongsi
Ia merupakan paras tertinggi yang dicatatkan ringgit sejak Julai 2018.
Ia merupakan paras tertinggi yang dicatatkan ringgit sejak Julai 2018.

Mata wang negara-negara membangun mengukuh berbanding dolar AS yang melemah pada permulaan tahun baru, dengan ringgit Malaysia juga semakin mengukuh, tertinggi sejak dua tahun lalu.

Ini berlaku ketika tahun baru memberikan keyakinan dalam semua bidang, meningkatkan sentimen dan meletakkan harapan lebih tinggi, selepas setahun ekonomi di seluruh dunia menjunam.

Tahun lepas, ringgit dilabel sebagai salah satu mata wang yang mencatatkan prestasi terburuk di rantau Asia.

Rupee India berada di kedudukan paling corot dalam prestasi mata wang di Asia pada akhir tahun lalu, lebih rendah berbanding mata wang negara-negara tercorot di Asia Selatan seperti rupee Pakistan dan Sri Lanka.

Prospek ekonomi global yang semakin baik dan pengagihan vaksin Covid-19 memburukkan daya tarikan ringgit manakala kadar faedah Amerika Syarikat (AS) jatuh ke paras paling rendah dan pembelian berpanjangan bon Rizab Persekutuan (Fed) yang berterusan menyebabkan kemerosotan dolar AS.

Indeks Dolar AS ICE, yang mengukur nilai dolar AS berbanding enam mata wang utama, melaporkan mata wang itu mencatatkan kerugian tahunan terbesar sejak 2017, sebagai penutup kepada tahun 2020 yang penuh kacau-bilau.

Mata wang dolar, melemah disebabkan perang perdagangan yang berpanjangan dengan China, diburukkan lagi dengan pengumuman rangsangan luar jangka Fed.

Ransangan fiskal tambahan dan peningkatan defisit akaun semasa menjadi halangan tambahan yang mampu menjejaskan mata wang AS dalam beberapa tahun akan datang.

Trend peningkatan ringgit

Mata wang ringgit terus mengukuh. Semalam, ia melepasi paras 4.00, didagangkan pada 3.997 dolar AS.

Ia merupakan paras tertinggi yang dicatatkan ringgit sejak Julai 2018.

Harga minyak mentah dijangka pulih secara beransur-ansur, selepas kemenangan Joe Biden dalam pilihan raya presiden Amerika Syarikat, dan komitmen Fed bagi mengekalkan pendirian dasar monetari akomodatif luar jangka, memberi harapan untuk ekonomi global pulih semula pada 2021, mengukuhkan lagi ringgit.

Jumlah risiko yang diambil turut memberikan kesan baik kepada mata wang Asia, dengan kebanyakan mencapai paras tertinggi sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Mata wang ringgit terus mengukuh. Semalam, ia melepasi paras 4.00, didagangkan pada 3.997 dolar AS.

Bagaimanapun, masih wujud beberapa halangan terhadap ringgit termasuk ketidakstabilan politik dan risiko pelaksanaan dasar yang perlahan mungkin akan menyebabkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar di bawah jangkaan.

Harga minyak mentah yang melonjak melebihi paras AS$50 setong menjadi perangsang utama kepada ringgit, turut berjaya menampung pengeluaran industri yang lebih lemah dari jangkaan pada Oktober, ketika faktor luaran terus bertindak sebagai pemacu utama.

Didorong dengan peningkatan perbelanjaan kerajaan secara besar-besaran, keyakinan pelabur kembali ke Malaysia, walaupun berlaku penyusutan oleh agensi penarafan, mengukuhkan tanggapan penarafan yang diberikan oleh agensi ini tidak memberikan kesan.

Bank Negara Malaysia dalam laporan bulanan terbarunya mengatakan nilai ringgit meningkat manakala FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turut meningkat pada bulan November dengan prospek ekonomi lebih baik.

Ini didorong oleh dasar AS yang lebih jelas selepas berakhirnya pilihan raya presiden dan perkembangan positif mengenai kelulusan dan pengagihan vaksin Covid-19.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes mengatakan pasaran terus mewujudkan keyakinan yang tinggi terhadap pemulihan pertumbuhan global pada tahun 2021 dan trajektori menurun bagi dolar AS.

Innes mengatakan keyakinan pengedaran vaksin Covid-19 secara meluas juga merupakan rangsangan besar-besaran kepada keuntungan korporat.

Kelulusan yang diberikan kepada Pfizer Inc, BiONtech dan AstraZeneca mencadangkan vaksin itu sudah tersedia untuk orang ramai dan membolehkan pembukaan semula ekonomi untuk menjadi lebih kukuh, seperti yang dilihat kepada kebenaran semula perjalanan rentas negeri di Malaysia.

Ia berfungsi sebagai faktor positif untuk pemulihan ekonomi domestik, tetapi keberkesanannya bergantung sepenuhnya kepada mengekang penularan Covid-19.