- Iklan -
Berita

GRS tandatangani MoU, tolak campur tangan luar

MoU bagi mengekalkan kerjasama selain menolak campur tangan luar yang cuba menggugat gabungan itu.

Bernama
2 minit bacaan
Kongsi
Parti-parti politik yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mengekalkan kerjasama selain menolak campur tangan luar yang cuba menggugat gabungan itu.MoU tersebut ditandatangani oleh (duduk, dari kiri) Pengerusi MCA Sabah Lu Yen Tung, Setiausaha PAS Sabah Aliakbar Gulasan, Timbalan Presiden Star Ellron Alfred Angin, Pengerusi Barisan Nasional Sabah Bung Moktar Radin, Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Noor, Timbalan Presiden PBS Radin Malleh, Presiden SAPP Yong Teck Lee, Timbalan Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup, dan Pengerusi MIC Sabah Peer Muhamad. Gambar: Bernama

Parti-parti politik yang membentuk Gabungan Rakyat Sabah (GRS) hari ini menandatangani memorandum persefahaman (MoU) bagi mengekalkan kerjasama selain menolak campur tangan luar yang cuba menggugat gabungan itu.

MoU tersebut ditandatangani oleh Pengerusi Bersatu Sabah Hajiji Noor, Pengerusi Barisan Nasional Sabah Bung Moktar Radin, Presiden SAPP Yong Teck Lee, Timbalan Presiden Star Ellron Alfred Angin, Timbalan Presiden PBS Radin Malleh, Setiausaha PAS Sabah Aliakbar Gulasan, Timbalan Presiden PBRS Arthur Joseph Kurup, Pengerusi MIC Sabah Peer Muhamad dan Pengerusi MCA Sabah Lu Yen Tung.

Hajiji yang juga ketua menteri Sabah berkata MoU itu yang merupakan memorandum pertama seumpama dimeterai di bawah GRS, penting bagi mengukuhkan ikatan politik melalui musyawarah dan perundingan berasaskan persefahaman antara parti.

“Berpaksikan kepada mandat yang diberikan oleh rakyat kepada GRS pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16, semua parti yang ada dalam gabungan ini bersetuju untuk memastikan mandat rakyat ini dihormati dan perlu diteruskan bagi menjamin kestabilan dan kesejahteraan rakyat.

“Kerjasama antara parti komponen GRS sememangnya kukuh sejak PRN Sabah ke-16 lagi tetapi dengan memorandum ini kerjasama ini dapat kita kukuhkan lagi bagi memenuhi mandat yang diberi rakyat,” katanya pada sidang media selepas majlis menandatangani MoU itu di Kota Kinabalu.

Sementara itu, Bung Moktar berkata BN Sabah tetap dengan ketetapannya sebelum ini, iaitu mempertahankan kerajaan negeri GRS demi kepentingan rakyat di Sabah.

Hajiji berkata di sebalik perkembangan politik di Semenanjung, GRS perlu menentukan sendiri hala tuju politiknya berdasarkan mandat yang diberi oleh rakyat Sabah.

“Tidak timbul isu kita terpengaruh, apa sahaja berlaku di Semenanjung kita GRS kekal utuh,” katanya.

Sementara itu, Bung Moktar berkata BN Sabah tetap dengan ketetapannya sebelum ini, iaitu mempertahankan kerajaan negeri GRS demi kepentingan rakyat di Sabah.

“BN dan Umno sepakat dengan kerajaan sedia ada. Apa yang penting bagi kita sekarang ialah membangunkan negeri Sabah untuk rakyat,” kata Bung Moktar yang juga pengerusi Umno Sabah.

Pada majlis itu, Hajiji turut mengumumkan senarai Jawatankuasa GRS, iaitu;

Pengerusi: Hajiji Noor

Timbalan Pengerusi I: Bung Moktar Radin

Timbalan Pengerusi II: Maximus Johnity Ongkili

Timbalan Pengerusi III: Jeffrey Kitingan

Setiausaha: Mohd Razali Razi

Penolong Setiausaha: Ardino Diris

Bendahari: Salleh Said Keruak

Ketua Penerangan: Joniston Bangkuai