- Iklan -
Berita

Tiada rakyat Malaysia dalam pesawat Sriwijaya Air terhempas di Indonesia

Pesawat itu membawa 62 penumpang termasuk anak kapal .

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pesawat jenis Boeing 737-500 itu membawa 62 penumpang termasuk lima anak kapal dilaporkan terputus hubungan dengan kawalan lalu lintas udara selepas berlepas jam 2.36 petang waktu Indonesia Barat. Gambar: AP

Tiada rakyat Malaysia di dalam pesawat Sriwijaya Air, yang dilaporkan terhempas di perairan Kepulauan Seribu di Indonesia.

Menurut kenyataan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta, pihak kedutaan dimaklumkan tiada warga negara Malaysia terbabit dalam nahas berkenaan.

Pesawat jenis Boeing 737-500 yang membawa 62 penumpang termasuk anak kapal itu dilaporkan terputus hubungan selepas berlepas dari Lapangan Terbang Soekarno Hatta, Jakarta menuju Pontianak, pukul 2.36 petang waktu Indonesia Barat.

Kontak terakhir pesawat itu dengan menara kawalan adalah pada jam 2.40 petang waktu Indonesia Timur.