Rina Harun disahkan positif Covid-19
Menteri pmbangunan wanita, keluarga dan masyarakat itu dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada 11 pagi ini.
Terkini
Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Rina Mohd Harun disahkan positif Covid-19.
Menurut kenyataan pejabat beliau hari ini, Rina memperoleh keputusan ujian saringannya malam tadi selepas menjalani ujian tersebut di Klinik Kesihatan Putrajaya pada pagi semalam.
Beliau telah dimasukkan ke wad Hospital Sungai Buloh pada 11 pagi ini untuk pihak hospital menjalankan pemantauan lanjut.
“Beliau memohon maaf jika perkara ini telah menimbulkan apa jua kesulitan dan keresahan kepada semua dan memohon agar Allah mempermudahkan segala urusan untuk semua yang terlibat.
“Beliau juga akan pastikan semasa ketiadaannya, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat akan meneruskan kerja-kerja kebajikan, pembelaan, pemerkasaan dan pembangunan untuk kumpulan sasar dan segala urusan pengoperasian kementerian akan tetap berjalan seperti biasa,” demikian menurut kenyataan itu.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.