Zahidi positif Covid-19
Timbalan menteri komunikasi dan multimedia dimasukkan ke Hospital Sungai Buloh.
Terkini
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Zahidi Zainul Abidin disahkan positif Covid-19 setelah menerima keputusan ujian saringan awal pagi ini.
Perkara itu dimaklumkan oleh pejabat timbalan menteri itu dalam satu kenyataan yang menyatakan Zahidi menjalani ujian saringan Covid-19 sejurus tiba di Kuala Lumpur dari Pulau Pinang pada Isnin lepas (11 Januari).
Zahidi telah dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan lanjut mengikut garis panduan yang telah ditetapkan Kementerian Kesihatan.
“Zahidi kini berada dalam keadaan yang stabil dan memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul. Beliau juga berdoa agar Allah mempermudah urusan semua yang terlibat,” kata kenyataan itu.
Menurut kenyataan pejabatnya, Zahidi telah menjalani ujian saringan Covid-19 pada 25 Disember lepas yang keputusannya adalah negatif.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.