- Iklan -
Berita

Isteri bekas menteri lepaskan kemarahan pada PM lepas suami tarik sokongan

Beberapa salinan perbualan yang dimuat naik di laman Twitter mula tersebar.

MalaysiaNow
2 minit bacaan
Kongsi
Haflin Nazri Aziz bersama suaminya yang merupakan Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz. Gambar: Instagram
Haflin Nazri Aziz bersama suaminya yang merupakan Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz. Gambar: Instagram

Seorang isteri bekas menteri yang baru-baru ini menarik kembali sokongan kepada Perikatan Nasional (PN) melepaskan kemarahannya kepada kerajaan dengan kata-kata tidak berpuas hati bermula dengan pengisytiharan darurat hingga kepada langkah politik terbaru suaminya.

Beberapa salinan perbualan yang dimuat naik di laman Twitter mula tersebar menunjukkan Haflin Nazri Aziz, isteri Ahli Parlimen Padang Rengas Nazri Aziz, dilihat sangat marah kepada Perdana Menteri Muhyiddin Yassin.

Antaranya Haflin berkata tidak akan menerima vaksin Covid-19.

“Saya tidak mahu diberi vaksin … sehingga terbukti,” katanya.

Ketika dihubungi MalaysiaNow, Haflin mengesahkan mesej tersebar itu memang miliknya.

“Saya berhak mengatakan semua ini. Ia tidak bertentangan dengan undang-undang. Kita semua mempunyai kebebasan bersuara,” katanya dan menambah dia yakin suaminya bersetuju dengan pandangannya itu.

Dalam satu perbualan mesej yang dipaparkan di Instagram dan diterbitkan semula pengguna Twitter Politico, Haflin turut mengimbas kembali sewaktu bekerja dengan kementerian pendidikan ketika Muhyiddin menjadi menteri.

“Saya tidak mahu diberi vaksin … sehingga terbukti,” katanya.

Katanya, Muhyiddin “membuli pengusaha wanita seperti saya”, sebelum menambahkan hashtag “#Karmaisbitch”.

Haflin turut menepis dakwaan suaminya, Nazri marah apabila kerajaan PN menolak permintaannya untuk dilantik sebagai wakil tetap di Geneva.

“Benarkah? Itu sahaja yang anda ada? Anda ingat jawatan sebagai duta ini berkuasa sangat ke?” soal Haflin, sambil menambah Muhyiddin yang sebenarnya membuat tawaran seperti itu kepada Nazri sebagai pertukaran sokongannya untuk membentuk kerajaan.

Oktober tahun lalu, MalaysiaNow melaporkan terdapat percubaan daripada beberapa ahli politik termasuk bekas menteri, melobi untuk dilantik sebagai duta di ibu kota negara Barat, termasuk di AS dan Switzerland.

Bagaimanapun difahamkan, Muhyiddin menolak untuk memberikan jawatan itu, dan pelantikan hanya daripada kalangan pegawai kerajaan yang tahu berkenaan tugas sebagai duta.

Mesej yang mempamerkan ketidakpuasan hati Haflin terhadap kerajaan PN disambut dengan kata-kata sinis, malah ada yang mengatakan suaminya tiada beza dengan ahli politik lain yang mempunyai rekod prestasi buruk.

Haflin berulang kali menyebut blok PN sebagai “kerajaan pintu belakang” dan mengatakan darurat Covid-19 yang diisytiharkan menunjukkan Muhyiddin sebagai pengecut.

Apabila diberitahu suaminya juga menyokong pembentukan kerajaan PN, Haflin mendakwa Nazri adalah “orang yang terakhir menandatangani SD (akuan berkanun)”.

Haflin kemudian mendakwa Nazri ditawarkan untuk menjadi pengerusi Perbadanan Usahawan Nasional Bhd (PUNB) dan juga sebagai menteri undang-undang.

“… Tapi dia menolak … kerana kerajaan ini tidak sah,” tambahnya.

Haflin turut mempersoalkan mengapa orang ramai masih dibenarkan melakukan aktiviti seperti biasa walaupun minggu ini darurat diisytiharkan.

“Darurat diisytiharkan tetapi semuanya berjalan seperti biasa. Jadi apa perlunya darurat diisytiharkan?” soalnya.

Haflin juga mendakwa pengisytiharan serentak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan darurat adalah disebabkan ketakutan apabila suaminya mahu mengumumkan keluar dari blok PN, sebagai respons kepada laporan media tentang pengumuman Nazri pada Selasa.

Nazri yang juga bekas menteri pelancongan, adalah ahli Parlimen kedua yang menyatakan tidak lagi menyokong Muhyiddin, di sebalik usaha sekumpulan yang bersama dengan bekas presiden Umno, Najib Razak yang ingin membawa parti itu keluar daripada kerajaan PN.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.