- Iklan -
Berita

Perjanjian pengecualian visa UAE, Israel diluluskan

Perjanjian berkenaan akan berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
UAE menjadi negara Arab pertama yang rakyatnya boleh memasuki Israel tanpa visa. Gambar: AFP
UAE menjadi negara Arab pertama yang rakyatnya boleh memasuki Israel tanpa visa. Gambar: AFP

Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada Rabu meluluskan perjanjian pengecualian visa dengan Israel, memetik kenyataan Kementerian Luar Israel lapor Agensi Anadolu.

Perjanjian berkenaan akan berkuat kuasa dalam tempoh 30 hari dan warga Israel boleh ke UAE tanpa visa, menurut kenyataan itu.

Dengan penguatkuasaan perjanjian itu UAE menjadi negara Arab pertama yang rakyatnya boleh memasuki Israel tanpa visa.

Pada 15 September tahun lalu Israel dan UAE menandatangani perjanjian memulihkan hubungan diplomatik yang ditaja Amerika Syarikat, langkah yang kemudian diikuti Bahrain serta Sudan dan baru-baru ini Maghribi.

Perjanjian itu menerima kecaman hebat rakyat Palestin, kerana menganggap kesepakatan akan mengabaikan lagi hak dan kepentingan Palestin.

Ikuti kami di WhatsApp & Telegram

Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.

Langgan berita kami

Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.

Kongsi
- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.