- Iklan -
Berita

1,200 anggota JPJ digerakkan bantu polis kuatkuasa PKP mulai hari ini

Keutamaan khusus kepada beberapa kawasan dan lokaliti tertentu di seluruh negara yang menjadi tumpuan utama pengguna jalan raya.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
1,200 anggota JPJ akan mula membantu PDRM menguatkuasakan PKP bermula hari ini.
1,200 anggota JPJ akan mula membantu PDRM menguatkuasakan PKP bermula hari ini.

Seramai 1,200 anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di seluruh negara digerakkan mulai hari ini sehingga 26 Januari bagi membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) menguatkuasakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), PKP Bersyarat (PKPB) dan PKP Pemulihan (PKPP).

JPJ berkata kolaborasi mapan antara kedua-dua agensi penguat kuasa ini penting dalam merealisasikan aspek penguatkuasaan prosedur operasi standard (SOP) dengan lebih serius.

“Gerak kerja seumpama ini akan memberi keutamaan khusus kepada beberapa kawasan dan lokaliti tertentu di seluruh negara yang menjadi tumpuan utama pengguna jalan raya.

“Ia akan dilaksanakan melalui tiga strategi utama iaitu rondaan jalan utama negeri dan lebuh raya; sekatan jalan raya yang mengkhususkan kenderaan awam; dan pemeriksaan serta pemantauan di terminal bas utama (TBS),” kata JPJ dalam satu kenyataan di Putrajaya hari ini.

Menurutnya, langkah bersepadu ini wajar dilakukan bagi tujuan mengekang penularan wabak Covid-19 yang dilihat semakin meningkat akibat ketidakpatuhan SOP oleh masyarakat tempatan.

Justeru, JPJ berharap seluruh rakyat Malaysia akan turut memberi kerjasama sepenuhnya dalam tempoh penguatkuasaan PKP, PKPB dan PKPP agar penularan ini ditangani secara berkesan.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.