Walaupun Sarawak tidak berdepan dengan perintah berkurung Covid-19 yang ketat seperti sedang dilaksanakan di sebahagian besar negara selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diperkenalkan semula minggu ini, ribuan rakyat di bandar-bandar utama negeri itu mengalami banjir terburuk.
Walaupun negeri itu dilaksanakan PKP yang lebih longgar atau PKPP, risiko Covid-19 menyukarkan mangsa banjir dipindahkan ke pusat pemindahan sementara.
Julia Sulong tinggal bersama suaminya Zainal Abdullah yang lumpuh dari pinggang ke bawah, merupakan antara ratusan mangsa yang ditempatkan di dewan serbaguna di Kampung Sinar Budi, tempat paling terjejas teruk di Kuching, 5km dari pusat bandar.
Hujan lebat pada Rabu menyebabkan rumah mereka ditenggelami air menjelang tengah malam.
Julia mengimbas kembali bagaimana dia panik apabila bantuan tidak sampai daripada pasukan penyelamat untuk menyelamatkan suaminya yang lumpuh.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.