- Iklan -
Berita

Covid-19 meragut mimpi anak-anak setinggan di Kuching

Namun Albert tetap nekad untuk menjadi seorang doktor walaupun serba kekurangan, dan Covid-19 mengganggu pembelajarannya.

Our Sarawak Correspondent
2 minit bacaan
Kongsi
Kawasan setinggan di Kampung Jalan Chawan 13, yang terletak berhampiran pusat bandar Kuching.
Kawasan setinggan di Kampung Jalan Chawan 13, yang terletak berhampiran pusat bandar Kuching.

Seingat Albert, dia ingin menjadi seorang doktor.

Ia merupakan impian yang cukup mencabar buat murid berusia 16 tahun itu, dan bertambah sukar selepas kemunculan Covid-19.

Pada ketika ini, dia dan beratus-ratus ribu murid di seluruh negara keciciran selepas takwin persekolahan pada tahun lepas terganggu apabila kelas fizikal secara tradisional tertangguh dan digantikan dengan pembelajaran secara dalam talian.

Walaupun murid yang menduduki peperiksaan awam dibenarkan untuk kembali ke sekolah secara fizikal minggu ini, murid lain seperti Albert kekal berada di dalam kelas maya buat masa ini.

Namun, bagi Albert, persekitaran kawasan tempat tinggalnya menjadikannya lebih sukar berbanding rakan-rakan seusia dengannya.

Albert tinggal di kawasan rumah setinggan di Kampung Jalan Chawan 13, berhampiran bandar Kuching. Dia dan keluarganya tinggal secara haram di kawasan itu.

Kebanyakan rumah-rumah di situ kini sudah buruk. Tiada sistem pengurusan pepejal yang teratur di kawasan ini, serta ia dipenuhi dengan sampah sarap di sepanjang jalan dan di bawah rumah.

Kawasan tempat itu tidak bersih, tiada bekalan air dan elektik.

Namun, semua itu tidak menghalang cita-cita Albert.

Namun, bagi Albert, persekitaran kawasan tempat tinggalnya menjadikannya lebih sukar berbanding rakan-rakan seusia dengannya.

Walaupun tiada bekalan elektrik di rumahnya, dia guna apa yang ada.

“Selalu saya akan buat kerja rumah di sekolah,” katanya kepada MalaysiaNow. “Sama ada awal pagi atau selepas sesi sekolah tamat.”

Pada sebelah malam, dia akan mengulang kaji pelajaran bertemankan cahaya lilin. Kadang-kala guna lampu minyak tanah atau lampu berkuasa bateri.

“Ia agak susah kerana ketika saya membaca, saya juga perlu tulis nota. Sebab itu saya lebih suka buat di sekolah.”

“Tetapi sukar kerana jika saya membaca buku itu, saya perlu menulis nota. Itulah sebabnya saya lebih suka melakukannya di sekolah.”

Malah perkara mudah seperti mengecas telefon memerlukannya ke kedai berdekatan di mana pekedai mengenakan bayaran sebanyak RM5 sejam.

Albert menyimpan cita-cita untuk menjadi seorang doktor satu hari nanti.

Albert begitu nekad untuk melakukan yang terbaik, tetapi yang lain-lain kurang bermotivasi.

Senorita Choi, yang mempunyai tiga orang anak, memberitahu MalaysiaNow sambungan internet yang perlahan menyebabkan kebanyakan murid di situ hilang minat untuk belajar. Keadaan itu menyebabkan mereka terlepas banyak kelas.

Dia juga meluahkan rasa bimbang mengenai nasib anaknya yang lemah dalam pembelajaran.

“Ketika orang lain lama sudah masuk ke kelas dalam talian, saya masih menunggu talian stabil.

“Jika mereka terlepas kelas, mereka terpaksa tanya kepada rakan sekelas,” katanya.

Tetapi masalah sambungan internet bukanlah isu besar kerana kebanyakan setinggan masih tidak mempunyai bilik mandi yang baik. Malah, mereka terpaksa bergilir-gilir menggunakan tandas.

Bekalan air turut dikongsi beberapa keluarga yang bergilir-gilir mengangkutnya balik ke rumah setiap hari.

Setiap keluarga melantik ketua masing-masing untuk mengumpul bayaran dan menyusun jadual mengambil air. Bil air akan dikongsi bersama-sama, kata Choi.

“Kami akan ambil air pada sebelah pagi kerana hanya ada masa satu hingga dua jam sahaja.”