- Iklan -
Berita

Dr Mahathir sihat, ada di rumah

Sebelum ini maklumat tersebar di media sosial, termasuk di aplikasi WhatsApp yang menyatakan ahli Parlimen Langkawi itu tidak sihat dan mengalami kesukaran bernafas.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Dr Mahathir Mohamad bergambar bersama akhbar hari ini bagi membuktikan beliau sihat dan berada di rumah. Gambar: Facebook
Dr Mahathir Mohamad bergambar bersama akhbar hari ini bagi membuktikan beliau sihat dan berada di rumah. Gambar: Facebook

Bekas perdana menteri, Dr Mahathir Mohamad hari ini menafikan khabar kononnya beliau mengalami masalah kesihatan.

Dalam sebuah video pendek selama enam saat yang dimuat naik ke laman Facebook rasminya, Mahathir berkata: “Hari Sabtu 23 hari bulan Januari, saya ada di rumah.”

Beliau turut memuat naik kenyataan: “Saya sihat, alhamdulillah =),” sebagai kapsyen pada video itu.

Baru-baru ini terdapat maklumat yang tersebar di laman media sosial, termasuk di aplikasi WhatsApp yang menyatakan ahli Parlimen Langkawi itu tidak sihat dan mengalami kesukaran bernafas.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.