Penyiar televisyen dan radio ikonik, Larry King, yang mewawancara sesiapa sahaja yang layak ditemuramah sepanjang kariernya selama enam dekad, meninggal dunia semalam pada usia 87 tahun.
Syarikat yang ditubuhkannya bersama, Ora Media, tidak menyatakan punca kematiannya tetapi laporan media menyatakan King bergelut dengan Covid-19 selama berminggu-minggu dan mengalami beberapa masalah kesihatan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
King yang popular dengan identiti mengenakan “suspender” dan bingkai kaca mata berwarna hitam, terkenal selama 25 tahun sebagai pengacara rancangan bual bicara di “Larry King Live” CNN.
“Selama 63 tahun dan di seluruh platform radio, televisyen dan media digital, ribuan wawancara, penghargaan, dan pujian global Larry menjadi bukti bakatnya yang unik dan berkekalan sebagai penyiar,” kata Ora Media dalam satu kenyataan yang disiarkan di Twitter.