- Iklan -
Berita

Tiada perarakan Thaipusam, hanya petugas dibenarkan bawa patung

Annuar menjelaskan hanya pergerakan dengan garis panduan yang ketat dibenarkan.

Staff Writers
1 minit bacaan
Kongsi
Hanya pergerakan dengan garis panduan yang ketat dibenarkan, sewaktu membawa patung itu dari Kuil Sri Subramaniam Swamy Batu Caves ke Kuil Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam, Jalan Tun HS Lee dan seterusnya, kembali semula ke Batu Caves.
Hanya pergerakan dengan garis panduan yang ketat dibenarkan, sewaktu membawa patung itu dari Kuil Sri Subramaniam Swamy Batu Caves ke Kuil Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam, Jalan Tun HS Lee dan seterusnya, kembali semula ke Batu Caves.

Tiada sebarang perarakan yang dibenarkan ketika proses membawa patung Dewa Murugan di ibu negara, sempena sambutan Thaipusam minggu depan, kata Menteri Wilayah Persekutuan Annuar Musa.

Beliau sebaliknya berkata, hanya pergerakan dengan garis panduan yang ketat dibenarkan, sewaktu membawa patung itu dari Kuil Sri Subramaniam Swamy Batu Caves ke Kuil Sri Maha Mariamman Temple Dhevasthanam, Jalan Tun HS Lee dan seterusnya, kembali semula ke Batu Caves.

“Tiada perarakan dibenarkan. Cuma kebenaran pergerakan membawa Patung Dewa Murugan ke Batu Caves tanpa apa-apa perarakan..dan membawanya balik semula selepas hari perayaan.

“Garis panduan telah diberikan dan akan dikuatkuasakan,” katanya melalui ciapan di Twitter hari ini.

Sebelum ini, agensi Bernama melaporkan Annuar sebagai berkata, Majlis Keselamatan Negara (MKN) meluluskan pergerakan pedati (chariot passage) yang membawa arca Dewa Murugan sempena perayaan Thaipusam.

Beliau berkata, pergerakan pedati dari kuil Jalan Bandar ke Batu Caves adalah pada 27 Januari, dan akan kembali dari Batu Caves ke kuil Jalan Bandar pada 29 Januari.

Katanya, ia perlu mengikut syarat dan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

“Syaratnya, ‘Chariot’ (pedati) tidak boleh berhenti di mana-mana, pengikut tidak lebih daripada 10 orang, tiada muzik dan lain-lain,” katanya menjelaskan laporan media yang megelirukan sebelum ini.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.