Tunjuk perasaan di seluruh Belanda yang membantah langkah baru untuk mengekang penularan Covid-19 bertukar menjadi ganas apabila peserta bertempur dengan polis, lapor Agensi Anadolu.
Ratusan orang berkumpul di bandar-bandar untuk membantah tindakan itu menyebabkan sekurang-kurangnya 70 ditahan.
Di Rotterdam penunjuk perasaan menyerang polis dengan melemparkan bunga api dan batu serta merosakkan premis perniagaan.
Polis bertindak campur tangan menggunakan anjing dan meriam air untuk menyuraikan penunjuk perasaan.
Bantahan turut diadakan di Amsterdam, Haarlem, Geleen, Helmond, Zwolle, Amersfoort, Den Bosch dan Tilburg.
Orang ramai dinasihatkan duduk di rumah dan hanya keluar jika perlu seperti membeli barang keperluan, rawatan perubatan, bekerja atau bersekolah jika tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam talian.
Belanda pada 12 Januari melanjutkan sekatan pergerakan sehingga sekurang-kurangnya 10 Februari kerana penularan varian baru virus Covid-19.
Sekatan pergerakan diperketatkan lagi pada 23 Januari dengan penguatkuasaan perintah berkurung di seluruh negara antara 9 malam dan 4.30 pagi, yang pertama sejak Perang Dunia II.
Orang ramai dinasihatkan duduk di rumah dan hanya keluar jika perlu seperti membeli barang keperluan, rawatan perubatan, bekerja atau bersekolah jika tidak dapat mengikuti pembelajaran dalam talian.