Gaji CEO Goldman Sachs dipotong AS$10 juta disebabkan skandal 1MDB
Walaupun David Solomon tidak menyedari penglibatan syarikat itu dalam mana-mana aktiviti haram pada ketika itu, masalah 1MDB dilihat sebagai kegagalan institusi itu, kata lembaga pengarah.
Terkini
Goldman Sachs memotong gaji ketua pegawai eksekutifnya, David Solomon pada tahun 2020 sebanyak AS$10 juta hingga AS$17.5 juta disebabkan peranan bank itu dalam skandal rasuah 1MDB, menurut dokumen yang difailkan pada Selasa,
“Jumlah pembayaran mencerminkan keputusan diumumkan lembaga pengarah,” kata dokumen difailkan ke bursa yang turut menyatakan potongan gaji kepada ketua pegawai operasi, John Waldron dan ketua pegawai kewangan, Stephen Scherr.
Walaupun ketiga-tiganya “tidak menyedari penglibatan syarikat dalam aktiviti haram ketika menguruskan transaksi bon 1MDB, lembaga pengarah berpendapat masalah 1MDB sebagai satu kegagalan institusi,” katanya.
Goldman Sachs mengaku bersalah pada Oktober berhubung peranan mereka dalam skandal itu dan bersetuju untuk membayar hampir AS$3 bilion untuk menamatkan siasatan AS.
Bekas perdana menteri Najib Razak disabitkan bersalah tahun lepas dan dijatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun berhubung pertuduhan rasuah berkait skandal itu yang menyebabkan kerajaan pimpinannya tumbang.
Anak tirinya, Riza Aziz didakwa menerima sejumlah besar wang dari 1MDB, termasuk untuk mendanai syarikat penerbitan filem Hollywoodnya yang menerbitkan “The Wolf of Wall Street” yang dibintangi oleh Leonardo DiCaprio.
Ikuti kami di WhatsApp & Telegram
Dapatkan pandangan eksklusif berita terkini Malaysia.
Langgan berita kami
Anda akan menerima berita terkini dan analisis harian.
Paling Popular
Tiada artikel ditemui.