- Iklan -
Berita

Jalan di Gombak ditutup bermula hari ini hingga pagi Jumaat

Ia ditutup sempena perarakan sambutan Thaipusam.

Bernama
1 minit bacaan
Kongsi
Pergerakan pedati sempena sambutan Thaipusam dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S.Lee ke Kuil Sri Subramaniaswamny di Batu Caves yang diiringi polis bermula pukul 3 hingga 6 pagi tadi. Gambar: Bernama
Pergerakan pedati sempena sambutan Thaipusam dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S.Lee ke Kuil Sri Subramaniaswamny di Batu Caves yang diiringi polis bermula pukul 3 hingga 6 pagi tadi. Gambar: Bernama

Beberapa jalan di daerah Gombak akan ditutup, sempena perarakan sambutan Thaipusam mulai hari ini sehingga awal pagi Jumaat.

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Arifai Tarawe berkata, penutupan jalan ini susulan kebenaran  pergerakan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) untuk membawa Arca Dewa Murugan bermula dari Kuil Sri Maha Mariamman, Jalan Tun H.S Lee ke Kuil Seri Subramaniam, Batu Caves esok.

“Laluan terbabit adalah susur ke Kuil Batu Caves dari arah Bulatan Batu Caves, susur MRR2 ke Jalan Perusahaan Batu Caves, simpang Jalan Perusahaan ke Bulatan Batu Caves, jalan ke tempat mandian utama, Sungai Batu Caves,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya jalan akan dibuka semula pada pukul 6 pagi hari Jumaat.

Beliau turut menasihatkan orang ramai tidak perlu hadir, kerana upacara sembahyang di kuil sempena Thaipusam kali ini tidak dibenarkan, dan semua pihak juga hendaklah mematuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa.

Katanya polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap mana-mana pihak yang melanggar SOP PKP (Thaipusam) yang telah ditetapkan MKN.

- Iklan -

Paling Popular

Tiada artikel ditemui.